Dalam dunia automotif, terdapat banyak teori dan mitos yang berkisar tentang cara untuk meningkatkan prestasi enjin kereta.
Salah satu daripada yang sering disebut adalah bahawa menggunakan ekzos besar boleh membuatkan kereta lebih laju. Tetapi, adakah ini mitos atau fakta?
Sistem ekzos bukan sahaja berfungsi untuk mengeluarkan gas buangan dari enjin, tetapi juga berperanan penting dalam mengurangkan bunyi bising dan pencemaran udara.
Komponen yang terdapat pada sistem ekzos kenderaan. Kredit Foto : Website walkerexhaust
Sistem ekzos yang baik harus mampu mengawal emisi gas berbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida. Komponen seperti peredam bunyi (muffler) dan penukar katalitik (catalytic converter) adalah penting dalam mengurangkan bunyi dan emisi berbahaya ini.
Mitos Ekzos Besar: Benarkah Kereta Lebih Laju?
Adakah ekzos besar membuatkan kereta lebih laju? secara amnya persepsi ini tidak sepenuhnya benar. Walaupun ekzos yang besar boleh meningkatkan aliran udara keluar, ia tidak semestinya meningkatkan kelajuan kereta secara signifikan.
Saiz ekzos yang terlalu besar boleh menyebabkan kehilangan back pressure yang diperlukan untuk prestasi enjin yang optimum. Sebagai contoh enjin kereta yang standard daripada keluaran kilang tidak sesuai untuk menggunakan ekzos yang besar kerana aliran udara terlalu lawas.
Namun kebanyakkan kereta yang telah diubahsuai dengan menggantikan saiz piston yang lebih besar kebiasaanya menggunakan ekzos yang lebih besar supaya aliran udara segera dikeluarkan untuk memaksimumkan kelancaran enjin.
Teknologi Terkini dalam Sistem Ekzos
Salah satu inovasi penting adalah penapis zarah (particulate filters), yang membantu menapis zarah-zarah halus dari gas buangan sebelum dilepaskan ke atmosfera. Teknologi ini banyak digunakan pada kenderaan yang menggunakan enjin diesel.
Teknologi ini adalah sebahagian daripada usaha global untuk mengurangkan pencemaran udara dan mematuhi piawaian emisi yang semakin ketat.
Kepentingan Penyelenggaraan Sistem Ekzos
Penyelenggaraan berkala adalah kunci untuk memastikan sistem ekzos berfungsi dengan baik. Penyelenggaraan yang baik bukan sahaja dapat mengelakkan kerosakan kepada komponen enjin lain, tetapi juga membantu dalam menjaga alam sekitar.
Pemilik kenderaan perlu sentiasa memeriksa keadaan sistem ekzos dan mengganti komponen yang sudah berkarat atau rosak.
Sistem ekzos memainkan peranan yang sangat penting dalam keseluruhan prestasi dan keberkesanan kereta. Pengetahuan yang tepat tentang fungsi dan penyelenggaraan sistem ekzos bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi kenderaan tetapi juga membantu dalam menjaga alam sekitar.
Kredit : Hasbullah Syarah -Sistem Ekzos Apa Kegunaannya?
BACA LAGI : Bateri Kereta Cepat ‘Kong’, 6 Punca & Tip Boleh Tahun Sampai 3 Tahun
Artikel diambil dari Roda Panas
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.