Roblox baru-baru ini didakwa telah menipu akan jumlah sebenar pemain dan mengabaikan keselamatan kanak-kanak yang bermain permainan ini. Terbaru, demi keselamatan pemain berusia bawah 13 tahun beberapa halangan akses akan dilakukan.
Pertama sekali adalah, pemain di bawah 13 tahun tidak boleh melepak di ruangan sosial Roblox. Ini adalah ruangan di mana pemain boleh berkomunikasi dengan pemain lain melalui teks atau perbualan suara dan juga ruangan melukis free-form 2D creation. Perkara ini akan terkesan bermula 18 November nanti.
Kemudian Roblox turut akan menghalang kanak-kanak dari mengakses ruangan yang belum diberikan rating. Pembangun ruangan turut perlu menyertakan borang dan soal kaji selidik bagi mengesahkan usia kanak-kanak. Perkara ini akan terkesan bermula tahun 2025. Menurut Roblox, ini adalah antara langkah keselamatan baharu yang diperkenalkan dan turut menyatakan mereka sentiasa menjaga keselamatan pemain lebih-lebih lagi kanak-kanak.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.