Menteri Komunikasi Tidak Terbabit Dalam Pemilihan U Mobile Sebagai Pembangun Rangkaian 5G Kedua

Pada minggu lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengumumkan bahawa syarikat telekomunikasi tempatan U Mobile telah dipilih sebagai pembangun rangkaian 5G kedua Malaysia.

Banyak soalan telah ditanya mengenai keupayaan syarikat tersebut dalam membangunkan rangkaian kedua ini, termasuklah peratusan pemilikan yang tinggi oleh syarikat Singapura, Straits Mobile Services yang sebelum ini dilihat setinggi 49 peratus. Setelah dipilih sebagai pembangun rangkaian kedua, U Mobile kemudiannya mengumumkan bahawa peratusan pemilikan syarikat tersebut telah dikurangkan ke 20 peratus untuk meminimakan konflik pemilikan syarikat luar negara.

Menjawab soalan MP Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim di sidang Dewan Rakyat, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah berkata bahawa beliau dan juga Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching tidak terbabit dan bercampur tangan dengan proses pemilihan tersebut, dan telah membenarkan SKMM untuk menilai sendiri syarikat yang manakah paling sesuai untuk membangunkan rangkaian 5G kedua.

Beliau juga menerangkan bahawa SKMM bertanggungjawab dalam mengambil kira aspek-aspek perniagaan, kemampuan teknikal, kepuasan pelanggan dan prestasi apabila menilai semua dokumen-dokumen tender yang dihantar oleh syarikat-syarikat telekomunikasi ini.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply