Suruhanjaya Eropah Membuka Siasatan Terhadap Corning Berhubung Dakwaan Salah Guna Kedudukan

Suruhanjaya Eropah (European Comission) membuka kertas siasatan terhadap Corning berhubung dakwaan salah guna kedudukan dominan dalam pasaran kaca pelindung khas yang digunakan. Terutamanya untuk melindungi peranti mudah alih seperti telefon bimbit, dengan Samsung dan Apple yang menggunakannya secara meluas dalam rangkaian peranti mereka.

EU menyatakan kebimbangan bahawa Corning mungkin memeterai perjanjian bekalan eksklusif anti-persaingan yang memerlukan pembuat peranti mendapatkan semua atau hampir semua kaca mereka daripada Corning. Di bawah perjanjian ini, pengeluar akan mendapat rebat untuk membeli kaca Corning, dan hanya boleh mengambil tawaran pihak pesaing jika kaca Corning tidak dapat menandingi harga.

Ia dilihat satu hal yang membimbangkan kerana Corning seakan cuba mengecualikan pihak pesaing langsung sekali gus mengurangkan pilihan pelanggan serta menyekat inovasi sehingga menjejaskan pengguna di seluruh dunia. Sekiranya didapati bersalah, Corning boleh dikenakan denda tetapi masih berpeluang menangani kebimbangan EU dengan komitmen yang boleh menamatkan siasatan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply