Peranti Google TV Kini Memerlukan Memori Sekurang-Kurangnya 2GB RAM

Google TV adalah sistem operasi generasi baharu Android TV. Ia masih dibina berasaskan Android tetapi telah diubahsuai untuk mesra dengan penggunaan pada televisyen. Google TV turut boleh digunakan oleh mana-mana pengeluar yang mempunyai lesen bersama Google. Kini Google telah menetapkan had minima memori untuk peranti Google TV selepas sekian lama tidak mempunyai piawaian spesifikasi yang ketat.

Perkara ini sebenarnya tidak mengejutkan, tetapi telah dijangka akan berlaku kerana perubahan dalam Android itu sendiri. Cuma sebelum ini peranti Google TV, tidak kira cip apa atau berapa GB memori boleh sahaja menjalankan sistem operasi ini. Akan datang, peranti Google TV memerlukan memori sekurang-kurangnya 2GB RAM. Google TV adalah sistem yang sedikit lebih berat kerana mempunyai pelancar lain yang lebih pintar di atas Android TV.

Bercakap mengenai Android TV, peranti dengan sistem operasi ini kini memerlukan memori sekurang-kurangnya 1GB RAM berbanding sebelum ini 1.5GB RAM. Jika sebelum ini 1.5GB adalah untuk TV dengan resolusi 1080p dan 4K, ia kini diasingkan dengan 1080p 1GB RAM dan 4K 1.5GB RAM. Buat masa ini belum pasti bila perubahan ini akan memberi kesan kepada pengeluar.

Di pasaran Malaysia, kebanyakan televisyen sedia menggunakan memori 1.5GB ke 2GB RAM. Di pasaran luar, Google TV Streamer telah tersedia dengan 4GB RAM. Sama-sama kita nantikan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply