Puncak Gunung Fuji Akhirnya Kembali Bersalji

Puncak Gunung Fuji akhirnya kembali bersalji semalam selari dengan ramalan yang dilakukan oleh Jabatan Meteorologi Jepun. Ini menjadikannya tarikh paling gunung tertinggi di Jepun ini mula bersalji sejak rekod diambil. Sebelum ini kami laporkan buat pertama kali sejak 130 tahun, puncak Fuji tidak bersalji pada penghujung Oktober.

Tahun ini Jepun mencatatkan suhu musim panas tertinggi dalam sejarah. Ini dipercayai menjadi sebab mengapa puncak Fuji tidak bersalji sedangkan secara lazimnya ia berlaku pada awal bulan Oktober. Perubahan iklim global menjadi penyumbang kepada insiden ini serta banjir luar biasa di Sepanyol serta dua taufan paling berkuasa pernah dicatatkan di Selatan Amerika Syarikat.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply