Era kecerdasan buatan generatif sekarang cukup dahsyat. Pelbagai aplikasi dan perkhidmatan yang kini memudahkan orang ramai. Terbaru, Microsoft mengembangkan lagi penawaran teknologi kecerdasan buatan generatif mereka ke aplikasi Notepad.
Notepad sebelum ini telah diintegrasikan dengan ciri carian teks menggunakan Copilot. Ciri semakan ejaan turut telah diperkenalkan. Ciri baharu ini lebih menarik kerana ia boleh membantu pengguna menulis. Rewrite adalah nama yang diberi boleh menulis semula teks dalam Notepad menjadi lebih pendek, panjang, tona bahasa ditukar dari santai ke formal dan turut boleh ubah format penulisan.
Berdasarkan imej yang dikongsi oleh Microsoft, pengguna akan menerima beberapa teks yang dijana semula atau turut boleh menjana semula kesemuanya. Rewrite boleh diakses dari menu klik-kanan, bar menu, atau juga menekan kekunci Ctrl + I.
Rewrite pada Notepad terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat, Perancis, UK, Kanada, Itali, dan Jerman yang menggunakan Windows 11 Insider.
Bagi pelanggan Microsoft 365 (60 kredit sebulan) dan Copilot Plus (kredit tanpa had) yang menggunakan Windows 11 Insider di Malaysia, Australia, New Zealand, Singapura, Taiwan dan Thailand boleh menggunakan Rewrite dengan kredit yang terhad.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.