Terpisah selama tujuh tahun dengan keluarga adalah rindu yang tidak dapat terungkap. Demi mencari rezeki buat keluarga adalah pengorbanan yang tinggi nilainya.
Lebih meruntun jiwa, sepanjang perpisahan itu, tidak dapat melihat momen anak didepan mata. Begitulah kasihnya ibu bapa, yang sanggup meletakkan kebahagiaan keluarga mengatasi segalanya.
Namun, di balik setiap pengorbanan itu, tersimpan juga kisah anak sulung yang jarang kita lihat. Menjadi anak sulung, bukanlah tugas yang mudah sepanjanga ketiadaan ibu bapa.
Malah, bergelar anak sulung ini pastinya dia melihat jatuh bangun ibu bapa, memahami keperitan yang mereka lalui tanpa perlu diberitahu.
Sebagaimana perkongsian sebuah video yang viral di TikTok di muat naik menerusi akaun @anisumaira90, yang juga seorang isteri juga ibu, menyentuh hati warga maya.
Video tersebut merakamkan detik bahagia yang tak tergambarkan oleh pasangan suami isteri yang akhirnya dapat memeluk kembali anak sulung mereka selepas tujuh tahun terpisah.
Difahamkan, pasangan tersebut bekerja di Australia dan terpaksa meninggalkan anak sulung mereka bersama keluarga di Malaysia.
“Ya Allah, anak kami yang tinggi paras paha sekarang dah sama tinggi dengan mama,” coret wanita berkenaan.
Berjauhan selama 7 tahun bukanlah pilihan mereka, pada awalnya pasangan ini berniat untuk bekerja selama tiga bulan sahaja, tetapi takdir menentukan lain.
“Anak sulung stay dengan family. Niat kami ke Australia untuk tiga bulan sahaja, tetapi macam-macam jadi. Kami kena tipu, gaji tak dibayar dan terpaksa menumpang rumah orang. Banyak kalau nak diceritakan,” jelasnya.
“Anak sulung kami tersangat kuat, anak yang tersangat hebat. Dia tak pernah merungut,” tambah wanita itu lagi.
@anisumaira90 Part 2 Iyee anak sulung kami tersangat kuat , anak yg tersangat hebat . Dia tak pernah merungut 🥹 setiap ujian manusia lain2 dan ini ujian kami . Semoga kalian sentiasa doakann yg baik2 dan semoga doa doa yg baik berbalik pada kamu semua ❤️ @HanifKadir #fyp #fypage #fypシ ♬ Penantian – bigboss
NETIZEN MERUNTUN JIWA
Meninjau di ruangan komen, video yang kini mencecah hampir dua juta jumlah tontonan itu mendapat reaksi pelbagai daripada warga maya.
“Tujuh tahun bukan masa yang singkat, kesian anak. Tolong jangan tinggalkan dia lagi, dia nak kasih sayang mak ayah,”
“Kesian anak merindukan mak ayahnya selama tujuh tahun. Mesti dia pernah rasa cemburu dengan orang yang ada mak ayah depan mata,”
“Walaupun selalu gaduh dengan anak sulung tapi tengok video ni hati rasa sebak. Apa perasaan anak sulung dia,”
Ada juga ‘throwback’ mengenang momen lalu bersama keluarga
“Tiba-tiba mengalir air mata bila mak dia peluk anaknya. Bestnya kalau dapat peluk tubuh mak lagi,”
“Nak peluk mak tapi mak dah tiada. Mampu peluk gambar sahaja,”
Sumber: anisumaira90
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.