Selesai Haid, Bila Waktu Mandi Wajib, Solat & Solat Apa Yang Perlu Qada. Muslimah Wajib Tahu

Menjadi fitrah wanita normal mengalami pusingan haid setiap bulan. Ketika ini kaum hawa diberi pengecualian dalam menunaikan solat sehingga suci dari hadas ini.

Namun perlu diingatkan hari terakhir selesai haid wanita  jangan sesekali menangguhkan mandi wajib dan solat. Sekiranya sudah suci dan terlepas solat, ia perlu diqada. Penjelasan tentang isu mandi wajib dan solat selesai haid ini ada dijelaskan oleh Ustaz Wadi Anuar dalam satu perkongsian beliau.

Waktu selesai haid, mandi wajib & solat

1.SUBUH

Sebelum masuk waktu Subuh (masih dalam Isyak)

-Wajib mandi

-Wajib solat Isyak & qada solat Maghrib

Masih dalam waktu Subuh

-Wajib mandi

-Wajib solat Subuh

Selepas habis waktu Subuh (Duha)

–Tidak terus wajib mandi dan tidak perlu solat Subuh

-Wajib mandi untuk solat Zuhur

2. ZUHUR

Dalam waktu Zuhur

-Wajib mandi

-Wajib solat zuhur

3.ASAR

Dalam waktu Asar

-Wajib mandi

-Wajib solat Asar dan qada solat Zuhur

4.MAGHRIB

Dalam waktu Maghrib

–Wajib mandi

-Wajib solat Maghrib

5.ISYAK

Dalam waktu Isyak

-Wajib mandi

-Wajib solat Isyak dan qada solat Maghrib

Sumber: Ustaz Wadi Annuar


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply