BMW S1000RR kembali pada 2025 dengan sentuhan teknologi terkini yang memastikan motosikal ini kekal berada di puncak kelas superbike. Model ini menerima peningkatan pada panel aerodinamik, ciri-ciri enjin, dan mod tunggangan yang memberi penunggang lebih kawalan. Untuk peminat kelajuan, inilah mesin yang dicipta khusus bagi menakluk litar lumba.
Rekaan Aerodinamik dengan Winglet Baharu
BMW S1000RR 2025 menampilkan panel trim hadapan dan sisi yang baharu. Dihiasi dengan elemen “shark gills” yang menjadi identiti model ini. Penambahan winglet meningkatkan daya turun (downforce) sehingga 50%.
Memberikan 23.1 kg daya pada kelajuan 300 km/j. Ini membantu mengekalkan kestabilan motosikal dan mengurangkan kecenderungan roda hadapan terangkat semasa pecutan tinggi.
Kuasa 210 HP daripada Enjin 4-Silinder ShiftCam
Dengan enjin empat silinder ShiftCam yang menghasilkan kuasa maksimum 210 hp. BMW S1000RR 2025 menjanjikan kelajuan dan ketangkasan yang luar biasa. Ciri ini diinspirasikan dari enjin M RR. Dengan geometri kepala silinder yang menyamai motosikal perlumbaan.
Tambahan pula, Sistem Quick Action Throttle yang diperbaharui membolehkan penunggang mengawal motosikal dengan lebih cepat dan efisien dengan sudut tork yang lebih kecil.
Sistem Brek M Brake Ducts untuk Penyejukan Optimum
BMW turut memperkenalkan sistem M Brake Ducts pada mudguard hadapan. Ia berfungsi menyejukkan angkup brek semasa pemanduan intensif. Teknologi ini, yang turut digunakan dalam model M RR. Mengekalkan prestasi brek dan memastikan titik rintangan lebih konsisten ketika pemanduan di litar. Angkup brek dan rantai yang diperbaharui juga membantu menjadikan motosikal ini lebih mantap untuk kelajuan tinggi.
Paparan Skrin TFT yang Jelas dan Informatif
S1000RR 2025 hadir dengan skrin TFT yang bukan sahaja jelas, tetapi kini mempunyai fungsi pintar seperti menampilkan skrin terakhir selepas suis dihidupkan semula. Memudahkan penunggang untuk kekal fokus. Paparan Pure Ride dan tiga paparan Core membolehkan penunggang memilih skrin yang sesuai. Manakala lampu shift dengan indikator yang jelas memudahkan pengesanan kelajuan putaran enjin.
Mod Tunggangan dan Kawalan Slide Terbaru
S1000RR 2025 dilengkapi dengan mod tunggangan Pro sebagai standard, bersama dua fungsi terbaru: Brake Slide Assist untuk membantu semasa brek dan Slip-Slide Control untuk kawalan pecutan.
Sensor sudut stereng yang inovatif ini mengukur sudut drift semasa tunggangan. Menjadikannya sesuai untuk litar. Bagi mereka yang gemar cabaran litar, mod DTC pada tahap 2 dan 3 direka khas untuk tayar jenis slick.
Rangka dan Suspensi dengan Ketepatan Milimeter
Kestabilan S1000RR ini disokong oleh M chassis kit, yang hadir dengan peningkatan pada bahagian belakang serta lengan ayun yang boleh disesuaikan. Recess pada rangka pula menambah kelenturan lateral untuk memudahkan pengendalian.
Sudut kepala stereng yang rata dan offset fork bridge meningkatkan ketepatan di roda hadapan. Menjadikan tunggangan lebih responsif. Sistem DDC juga menyediakan pilihan suspensi untuk keadaan jalan yang berbeza seperti mod Road, Dynamic, dan Race Pro 1 hingga 3.
Pilihan Varian, Satu Watak yang Sama
S1000RR 2025 ditawarkan dalam tiga varian yang berbeza, memberikan kebebasan kepada penunggang untuk memilih mengikut cita rasa mereka. Tidak kira varian mana yang dipilih, BMW S1000RR tetap menjanjikan satu perkara: ia adalah motosikal yang direka untuk prestasi tulen.
Harga rasmi belum diumumkan, namun mengikut kepada laman sesawang BMW Motorrad UK, mereka meletakkan tanda harga dari £17,990 atau RM102,119.68. Sudah tentu, harga rasmi untuk pasaran tempatan akan berlainan, namun tidak terlalu jauh anggaran.
Dengan segala ciri yang ditawarkan, BMW S1000RR 2025 adalah motosikal yang mengekalkan legasi superbike sebenar. Model ini bukan sekadar kelajuan, tetapi juga kombinasi teknologi dan aerodinamik yang menyatukan kestabilan, ketahanan, dan prestasi untuk penggemar perlumbaan sejati.
Dari BMW Motorrad UK
Baca Juga BMW R 1300 GS Adventure 2025
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.