Erra Fazira Mahu Anak Berjaya Dunia Akhirat! Tak Ambil Pusing Meski Sering Di Pandang ‘Serong’ Sebagai Ibu Tunggal

Siapa yang tidak mengenali pelakon serta penyanyi popular yang memiliki tubuh badan yang menawan meskipun sudah meningkat usia? Nama Erra Fazira sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan.

Setiap lakonannya pasti memberi kesan kepada yang menonton. Begitu juga dengan suaranya yang merdu, menjadi pujaan ramai orang. Genap berusia 50 tahun, tidak dinafikan aura dan pesona Erra Fazira masih memikat pandangan ramai sampai ke hari ini.

Biarpun mencecah usia lewat 40an, Erra bijak menjaga penampilan diri dan kecantikan. Dalam kesibukan kerjaya sebagai anak seni, duta dan ahli perniagaan pun dia aktif mengamalkan gaya hidup sihat dan bersukan.

Gemar Isi Masa Terluang Dengan Beriadah, Bersukan & Sertai Aktiviti Lasak!

 

Misalnya pada Disember lalu, pemilik nama Fazira Wan Chek ini berkesempatan meluangkan masa bermain bola jaring bersama kelab peminat setianya.

Bukan saja popular dan cantik, Erra juga ramah dan menghargai para peminat yang banyak menyokong kerjaya seninya selama ini.

Artikel berkaitan: “Dekat Mana Pula Gemuknya?”- Nak Turun 10 Kg, Netizen Tak Puas Hati Erra Fazira Gelar Dirinya Makin Besar

Aktres filem Maria Mariana ini juga dilihat gemar beriadah seperti berbasikal bersama teman-teman dan anak tersayang, Engku Aleesya.

Tak hairanlah dia mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan kekal berstamina. Malah, peminat Erra sendiri mengetahui figura ini seorang wanita yang berjiwa lasak dan aktif bersukan.

Cabaran Bergelar Janda & Ibu Tunggal

 

Mengimbas temubual HIJABISTA bersama Erra, aktres ini mendedahkan jika tidak bergelar selebriti dia mungkin menjadi ahli perniagaan.

“Saya rasa saya akan menjadi seorang businesswoman. Sebab saya suka berniaga. Dari saya kecil lagi saya dah berniaga. Kecil-kecil dulu saya pergi sekolah.. saya berniaga keropok. Sayalah yang menggoreng, cabut sendiri ubi kayu dan segala-galanya saya buat sendiri.”

Disifatkan sebagai seorang wanita yang berdikari, Erra yang kini berstatus ibu tunggal enggan melihat perkara itu sesuatu yang menyukarkan. Sebaliknya, melontarkan kata-kata semangat ini buat semua wanita yang melalui nasib sama seperti dirinya.

“Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita.

“Maka bangunlah. Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.

“Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat,” ujar primadona Malaysia itu.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah NONA

Artikel berkaitan: Lupa Letak Air Masa Tanak Nasi, Engku Aleesya Malu-Malu Diusik Erra Fazira

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber Foto: Instagram Erra Fazira


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply