Mak ayah yang mempunyai sikap pilih kasih, selalu memuji anak yang menjadi kesayangan tanpa sedar ada anak lain yang memendam perasaan tidak puas hati. Sebagai ibu bapa memang kita tak dapat lari daripada melakukan kesilapan dalam mendidik anak-anak.
Pilih Kasih, Mak Ayah Selalu Puji Anak Kesayangan
Bagaimanapun ianya bukan alasan untuk kita mengabaikan emosi anak ketika mereka membesar. Amat peting untuk ibu bapa mengawal emosi dan mempelajari lebih lagi berkenaan keibubapaan.
Artikel lain yang berkaitan: Ibu Bapa Pilih Kasih Pada Anak, Ini Hukumnya Seperti Dijelaskan UAI
Anak Lebih Seorang, Jangan Pilih Kasih. Semua Pembawa Rezeki Untuk Ibu Ayah
Ikuti perkongsian daripada Dr. Taufiq Razif ini. Mak ayah, ketahuilah bahawa anak kita boleh jadi pendendam bila:
Dalam Diam Ada Anak Lain Yang Memendam Perasaan
1. Kita amalkan Neglectful Parenting
– Neglectful ataupun Uninvolved Parenting ini adalah bila kita terlalu lepas tangan dalam mendidik anak anak.
– Mungkin kita terlalu sibuk sampai kita abaikan anak anak. Sibuk boleh tapi kena bayar balik defisit emosi dan perhatian anak anak. Kalau tak, anak kita mungkin berakhir menjadi pendendam, haus perhatian dan dahaga kasih sayang.
2. Kita abaikan Basic Needs anak
– Dalam Maslow’s Hierarchy of Needs keperluan paling diperlukan adalah makanan, minuman, tempat tinggal, tidur dan lain lain.
– Kalau yang ini tak selesai maka yang lain pun akan jadi haru biru. Bayangkan kalau ketua keluarga abaikan nafkah anak anak. Habis kucar kacir semuanya pada diri anak.
3. Kita menduakan ayah atau ibunya
– Ayah dan ibu kepada anak-anak kita adalah simbol kehormatan dan simbol maruah anak anak
– Jika kita menduakan ibu dan ayah kepada anak kita tanpa alasan yang Syarie, ianya seolah olah kita menghancurkan maruah dan kehormatan si anak. Akan berlaku Trust Issues yang sangat teruk jika tidak diselesaikan daripada awal.
4. Kita mengamalkan Favoritism
Favoritism berlaku bila kita selalu pilih kasih antara anak-anak. Tanpa sedar Favoritism ini boleh berlaku bila kita hanya utamakan Eye Contact pada anak yang lebih kecil hingga abaikan kakak dan abangnya ataupun bila kita selalu puji anak tertentu sahaja sehingga anak yang lain terasa diabaikan
– Ingat, Favoritism akan menyuburkan sifat saling dengki mendengki dalam diri adik beradik kalau tak ditangani dari awal!
5. Kita cederakan emosi anak secara keterlaluan
– Mengikut kajian, bahagian otak yang aktif ketika Emotional Pain lebih kurang sama dengan bahagian yang aktif ketika Physical Pain.
– Ya, kesakitan yang disebabkan oleh kecederaan emosi kadangkala lebih menyakitkan daripada kesakitan pada tubuh badan dan ianya bertahan lebih lama.
– itulah kenapa kalau marah, janganlah keterlaluan. Kalau tengking, jangan sampai melampau dan keterlaluan. Kita tak tahu yang mana akan membekas dan menjadi parut emosi pada diri anak kita yang akan kekal sampai mereka dewasa.
– Itulah pentingnya mak ayah untuk belajar ilmu parenting dan ilmu kawal emosi sentiasa.
– Kita nak didik anak kita menjadi anak yang berguna bukannya menjadi anak yang berdendam dalam diam kepada kedua orang tuanya.
Sumber: Taufiq Razif
Baca artikel lain: Anak Menangis Tak Mengapa, Biar Dia Lepaskan Emosinya, Bahaya Jika Dia Memendam Rasa!
Zaman Sekarang Tak Sama Macam Zaman Dahulu. Cara Didik Anak Pun Berbeza
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.