Aliff Syukri Letak ‘Rate’ Minimum RM15 Ribu Untuk Terima Sebarang Tawaran Menyanyi

Usahawan dan selebriti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, menegaskan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang tawaran menyanyi bagi mana-mana acara sekiranya bayaran yang ditawarkan tidak setimpal.

Menurut penyanyi lagu popular Abang Nak Tegur itu, penolakan tersebut bukan kerana dirinya sombong, tetapi untuk menjaga reputasi sebagai seorang penyanyi yang bermutu.

Selain itu, Aliff turut mendedahkan bahawa harga minimum untuk setiap persembahannya adalah RM15,000.

ARTIKEL BERKAITAN: “Minta Maaf, Jadi Abah Yang Jahat, Garang & Serba Kekurangan…” -Aliff Syukri

“Saya baru-baru ini mendapat tawaran untuk menyanyi di sebuah konsert. Namun, saya terpaksa menolak kerana suara saya terlalu sedap tetapi bayaran yang diberikan tidak setimpal.

“Ini saya nak beritahu, ‘rate’ atau harga saya minimum RM15,000. Ini serius, jangan ketawa. Kalau saya terima, macam tak berbaloi.

“Kita sudah bersiap cantik-cantik, bayaran pula sekadar RM2,000 atau RM3,000 memang tak berbaloi. Kalau macam itu tawarannya, lebih baik saya buat live di media sosial sahaja,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bertuah Ida Dapat Anak Sebaik Ammar…” -Anakanda Sulung Aliff Syukri & Shahida Tuai Pujian Netizen

Pada masa sama, pelantun lagu popular Bobo Dimana itu turut menegaskan bahawa beliau tidak akan membiarkan pendedahan tersebut dipandang ringan atau dipertikai.

“Dengan nama Allah, awak semua ingat hina sangatkah saya tak boleh menyanyi? Ini cerita betul.

“Saya tolak tawaran itu bukan kerana menyombong. Sudahlah lokasi pun jauh, di Pulau Pinang, kemudian bayarannya sedikit. Tak bolehlah macam itu. Saya kena jaga reputasi saya,” ujarnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Utusan Online


Posted

in

, , , , , ,

by

Comments

Leave a Reply