Berpisah bukan halangan Emma Maembong dan bekas suami terus berbaik, habiskan masa bersama anak-anak. Pelakon Emma Maembong dan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar dilihat mesra melayani anak-anak meskipun mereka sudah berpisah.
Emma berkongsi gambar bersama bekas suami dan anak-anaknya, Syariq Gabriel serta Syakil Aryan Shah di Instagram.
Berpisah Bukan Halangan Emma Maembong & Bekas Suami Terus Berbaik
Dalam hantaran tersebut, Emma dan Shazli dilihat ceria memangku kedua anak-anak mereka sewaktu keluar bersama adik-beradik serta anak buahnya.
Menerusi hantaran itu juga, kapsyen yang disertakan menyatakan yang Syariq Gabriel dan Syakil Aryan Shah telah keluar berjalan-jalan dengan ibu serta bapanya.
Mereka merasakan cukup gembira apabila ibu saudara serta sepupu turut ada bersama.
“Keluar dengan baba dan mama semalam bersama ibu saudara serta sepupu. Kami sangat gembira,” tulisnya.
Habiskan Masa Bersama Anak-anak
Perkongsian Emma telah mendapat perhatian warga maya di media sosial. Ramai yang gembira melihat Emma dan bekas suami tetap baik walaupun sudah berpisah demi anak-anak.
View this post on Instagram
Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 32 telah mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya sudah berpisah dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar.
Walaupun tidak mendedahkan bila tarikh sebenar mereka bercerai, namun selebriti itu menyatakan yang tempoh idahnya sudahpun selesai. Mereka masih menjalinkan hubungan baik demi anak-anak mereka yang berusia 4 dan 1 tahun.
Sekadar info, Emma dan Shazli telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan perpisahan mereka pada 7 Oktober 2024.
Sumber: Instagram Shariq Gabriel
Baca artikel lain juga: Emma Maembong Sudah Berpisah, Demi Emosi Anak Tetap Muat Naik Foto Keluarga
Pandai Anak Emma Maembong Tidurkan Adik. Shariq Siap Zikir Tepuk Adik!
Tak Sentuh Nasi Sampai Jadi Cranky Emma Maembong Kongsi Tip Cantik & Langsing Lepas Bersalin!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.