Ducati Panigale V2 2025 Dengan Enjin V-Twin 890cc Baharu

Ducati kini memperkenalkan model Panigale V2 dan Panigale V2 S yang direka semula sepenuhnya, dengan enjin V-Twin 890cc terbaharu.

Model ini akan tersedia mulai Januari 2025, dengan harga bermula dari £14,995 untuk model asas dan £16,995 untuk varian V2 S.

Hampir setiap elemen motosikal ini telah ditingkatkan untuk menjadikannya lebih mudah dikendalikan, sesuai untuk kegunaan harian, dan tetap memberikan prestasi unggul di litar.

Kredit Foto : Website motorcyclenews

Enjin Baharu yang Ringan dan Berkuasa

Ducati Panigale V2 2025 terbaharu ini dikuasakan oleh enjin V-Twin baharu yang lebih ringan, seberat 54.4kg, menghasilkan 118bhp pada 10,750rpm dan 68.8 lb.ft tork pada 8,250rpm.

Dengan berat keseluruhan hanya 172kg, Panigale V2 kini menjadi jentera Ducati paling ringan, membolehkan prestasi yang berkuasa dan lebih mudah dikendalikan di jalan raya dan litar.

Fokus Kepada Pemanduan Harian dan Pengalaman Pengguna

Panigale V2 2025 terbaharu ini direka untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan dan praktikal.

Walaupun model-model lama Ducati seperti 748, 848, dan 959 lebih berfokus kepada prestasi, V2 kali ini memperlihatkan peningkatan pada keupayaan pemanduan harian, termasuk pengurusan haba yang lebih baik dengan sistem pengudaraan baru yang menjauhkan haba dari kaki penunggang.

Kredit Foto : Website motorcyclenews

Prestasi Tetap Unggul Walaupun Kehilangan Kuasa

Dari sudut prestasi, walaupun kehilangan 35bhp berbanding model 955 Superquadro sebelumnya, Ducati mengesahkan bahawa V2 hanya ketinggalan dua persepuluh saat di litar Vallelunga, hasil daripada pengurangan berat sebanyak 17kg dan casis yang telah direka semula sepenuhnya.

Casis monokok aluminium seberat 4kg ini bukan sahaja berfungsi sebagai rangka tetapi juga sebagai kotak udara yang menempatkan penapis udara, badan throttle, dan sistem bahan api.

Reka Bentuk Baharu dengan Lengan Ayun Aluminium Dua Sisi

Ducati Panigale V2 2025 turut dilengkapi swingarm aluminium dua sisi yang lebih fleksibel berbanding rekaan single arm pada model sebelumnya.

Sistem suspensinya merangkumi fork Marzocchi 43mm boleh laras penuh di bahagian depan dan peredam belakang Kayaba.

Bagi model premium V2 S, ia dilengkapi komponen Öhlins yang juga boleh dilaraskan sepenuhnya.

Kredit Foto : Website motorcyclenews

Roda dan Tayar Baharu untuk Pengurangan Berat

Sportrim enam jejari baharu pada V2 menjadikan jentera ini lebih ringan, dengan sportrim belakangnya sahaja mengurangkan berat sebanyak 1kg.

Kedua-dua model dilengkapi tayar Pirelli Diablo Rosso IV yang memberikan cengkaman mantap.

Sistem brek turut ditingkatkan dengan caliper Brembo M50 dengan cakera 320mm berkembar, mengurangkan berat keseluruhan sebanyak 280 gram berbanding unit sebelumnya.

Teknologi Elektronik Terkini untuk Kawalan Penuh

Dari segi elektronik, Ducati tidak berkompromi.

Papan pemuka TFT 5 inci baharu memaparkan tiga mod — Road, Road Pro dan Track.

Sistem kawalan cengkaman ‘predictive’ Ducati, yang diperkenalkan pada Panigale V4, juga hadir dalam model ini.

Unit Pengukuran Inersia Enam Paksi (IMU) membolehkan sistem ABS sensitif kepada sudut kecondongan dengan tiga tahap intervensi.

Ia juga termasuk fungsi ‘slide by brake’ pada Tahap Dua, dan pilihan untuk mematikan bantuan pada roda belakang pada Tahap Satu.

Kredit Foto : Website motorcyclenews

Mod Tunggang dan Sistem Bantuan untuk Keselesaan Maksimum

Selain itu, Panigale V2 dilengkapi kawalan wheelie, sistem kawalan brek enjin, serta quickshifter naik/turun.

Empat mod tunggangan turut disediakan, termasuk mod Race untuk kuasa penuh dengan peta pendikit yang lebih agresif.

Mod Rain mengehadkan kuasa kepada 96bhp, sesuai untuk keadaan basah.

Kredit Foto : Website motorcyclenews

Gabungan Keselesaan dan Prestasi Tertinggi

Model Panigale V2 terbaharu ini benar-benar satu inovasi Ducati yang menggabungkan prestasi tinggi dengan keselesaan harian .

Bilakah model ini akan masuk ke pasaran Malaysia? sama-sama kita tunggu.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply