Kata Ika Nabella, “Kecantikan Bukan Terletak Pada Warna Kulit!”

Ramai taksub nak putih tetapi bagi pelakon wanita, Ika Nabella kecantikan tidak terletak pada warna kulit seseorang.

Kulit Putih Tak Semestinya Cantik

Menerusi hantaran di Instagram Stories, pemilik nama lengkap, Ika Nabila Abdul Rahim menegaskan berkulit gelap mahupun cerah tidak melambangkan kecantikan seseorang itu.

“Kalau ada yang cakap ‘tak putih pun’ saya tepuk dahi tu. Kulit putih tak semestinya sihat dan cantik. Kulit coklat atau gelap tak semestinya hodoh atau cantik atau penuh cela atau sihat. Faham kan?

“Kalau ada yang macam tu tolong pastikan fakta awak betul. Buang pemikiran kuno yang kulit kena putih baru lawa,” jelasnya lagi.

Ambil Produk Macam-macam, Risau Kesannya!

 

Menurutnya, pengambilan produk yang boleh mengubah warna kulit boleh mendatangkan kesan buruk kepada wajah.

“Kalau dah lahir coklat tetiba tua jadi putih itu yang bahaya. Apa lah awak tepek kat kulit sampai macam tu kejadiannya. Jaga-jaga nanti hyperpigmentation. Tua sikit bertompok bintik-bintik hitam. Hati-hati sisters.

“Saya ada sorang staff yang obsessed nak kulit putih tapi kejap putih kejap warna asal macam susahnya nak kekalkan warna tu.

“Lepas tu kering gila sampai nampak smile lines. Selepas berbulan di sekolahkan, sekarang kulit dia lembut elok je. Berseri tak putih tapi cantik bersih dan glow. Sihat pastinya.

Kalau dilihat menerusi media sosial miliknya, Ika yang memiliki kulit ‘hitam manis’ ini suka berkongsi produk kecantikan yang diamalkan, dilihat memberikan kesan baik kepada kulit wajahnya.

Sumber: Instagram Ika Nabella


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply