Unik, reka bentuk rumah cendawan dan iglu comel yang berwarna-warni yang terletak di sebuah perkampungan inap desa dan vila di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka agak menarik perhatian orang ramai.
Bukan itu sahaja, pemilik Leisure Bee Signatur (LBS) Homestay & Villa Specialist itu turut mengetengahkan pelbagai tema menarik yang dijamin bakal mencuri perhatian pengunjung.
Rumah Cendawan Di Melaka
Khas untuk anda yang berlibur dalam kumpulan yang besar, boleh ke The Mushroom Villa. Reka bentuk dalamannya sangat luas, selain dilengkapi dengan kolam renang dan taman fantasi lengkap dengan arnab jinak.
Untuk keluarga kecil pula, ada lima unit kamar berkonsepkan cendawan yang berharga serendah RM288 semalam.
Ada Kolam Mandi Privasi
Atlantis Villa yang merupakan vila dua tingkat dan enam kamar berbentuk iglu dengan kemudahan kolam peribadi juga antara yang paling laris ditempah.
Perkampungan dunia dasar laut yang tersembunyi itu juga memang berbaloi untuk dihuni oleh keluarga besar. Lukisan moral hidupan laut yang ‘hidup’ akan menambahkan lagi keterujaan terutama untuk kanak-kanak.
Setiap kamar mempunyai tema tersendiri seperti jerung, ketam, ikan paus, sotong dan ikan lumba-lumba.
Binaan kamar kubah yang terdapat pada The Mushroom Villa, Atlantis Villa dan beberapa konsep penginapan lain menggunakan kaedah pembinaan expanded polystyrene yang menjadi perintis projek di Malaysia.
Perkampungan yang terletak berhampiran dengan Kota A’ Famosa itu turut memiliki konsep lain seperti Mamee Dome, Japaneses Lucky Dome, Kitty Wonderland, Wooden House dan 2D Fantastic Villa.
Secara keseluruhan, terdapat lima jenis bilik yang ditawarkan iaitu Caldera, Lava, Volcano, Atlantis dan Thiras.
Ramai yang suka menginap di perkampungan inap desa dan vila di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka sebab lokasinya strategik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.