Lebih setahun mendirikan rumah tangga dan berusaha untuk mempunyai zuriat sendiri, pelakon dan penyanyi, Janna Nick merayu orang ramai agar berhenti bertanyakan soal zuriat kepada dirinya.
Tambah Janna lagi menerusi videonya di Instagram, dia dan suaminya, aktor Dini Schatzmann sudah mencuba pelbagai kaedah sepanjang perkahwinan mereka malah pernah melakukan rawatan IVF setahun lalu.
Dia yang terkesan malah menangis sambal meluahkan rasa sedih dan tidak dapat menerima komen nista yang dilemparkan individu yang menuduh suaminya mempunyai hormon wanita.
“Kami dah buat macam-macam yang terbaik untuk dapatkan anak. Bila orang tanya saya bila nak ada anak, saya pun tak tahu nak jawab apa. Saya pun tanya kepada Allah bila saya boleh dapat anak.
“Macam-macam ujian kami dah buat dan bulan 10 genap setahun saya buat rawatan IVF tapi gagal.
“Saya dan Dini tahu keadaan kesihatan kami. Saya pun kurangkan kerja dan tak ambil kerja yang makan masa yang panjang sebab saya nak ubah cara hidup, kerja dan pemakanan,” katanya sambil menangis.
Cuba macam-macam rawatan dan petua
Lebih memilukan kata Janna lagi, dia juga pernah mencuba pelbagai petua dan kepercayaan termasuk meminta penyanyi, Nabila Razali yang kini hamil untuk memijak jari kakinya kerana dikatakan sebagai salah satu petua mendapatkan anak.
“Orang beri saya petua suruh ibu mengandung pijak jari kaki, ya saya ada suruh Nabila Razali pijak jari kaki saya. Saya sangat terdesak nak anak.
“Nak dapatkan anak ni, adalah kerja Allah dan bukan kerja kita,” luahnya.
Menerusi perkongsian itu, Janna juga turut berkongsi pelbagai usaha lain yang dilakukannya untuk memiliki zuriat sendiri termasuk pergi berurut dan beberapa rawatan lain berkaitan kesuburan.
Terdahulu, Janna dan Dini telah mendirikan rumah tangga di sebuah resort mewah di Pantai Chenang Langkawi pada 10 Jun lalu.
Menarik: Suprise Birthday Menjadi, Che Ta Tunaikan Impian Aaisyah “Nak 10 Hadiah”
Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!
Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Selera Makan Makin Bertambah!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.