Kawasaki Ninja ZX-6R Kini Sedia Untuk Pra-Tempahan

 

MODENAS  mengumumkan harga model terbaharu yang menjadi perbualan hangat peminat motosikal sport tempatan – Kawasaki Ninja ZX-6R.

Dipasang sepenuhnya di kilang MODENAS di Gurun, Kawasaki Ninja ZX-6R ini ditawarkan pada harga RM59,900 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Terdapat 2 pilihan warna eksklusif, Metallic Flat Spark Black / Ebony dan Lime Green / Ebony.

Tempoh pra-tempahan akan bermula dari 1 Disember 2024 hingga 31 Januari 2025 dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM500.

Lebih menarik, 50 pembeli terawal akan dijemput untuk menghadiri acara penyerahan eksklusif di Sepang pada Februari 2025.

Motosikal yang Mendefinisikan Semula Tahap Sukan dan Prestasi Tinggi

Diilhamkan daripada reka bentuk agresif Kawasaki ZX-10R, Ninja ZX-6R menampilkan ciri-ciri terkini yang direka untuk prestasi unggul.

Dengan penambahbaikan pada bahagian hadapan dan sisi, lampu LED baharu, serta skrin yang diperbaharui, model ini memberikan kesan visual yang mendalam.

Selain itu, enjin Ninja ZX-6R telah dioptimumkan mengikut piawaian pelepasan Euro 5 melalui pemasangan paip pengepala baharu dan profil sesondol yang dikemaskini.

Antara ciri utama yang menonjol:

  • Paparan TFT berwarna penuh 4.3 inci dengan tiga mod tunggangan (Sukan, Jalan, dan Hujan), sesuai untuk pelbagai keadaan jalan.
  • Tetapan kawalan cengkaman dan kuasa yang boleh disesuaikan, memastikan kawalan optimum untuk keselamatan dan keseronokan.

Kenyataan CEO MODENAS, Roslan Roskan

Roslan Roskan, CEO MODENAS, turut berkongsi keterujaannya dalam pelancaran ini: “Kami berbangga melancarkan Modenas Eliminator dan Kawasaki ZX-6R di acara berprestij seperti MotoGP 2024. Model-model ini mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan kualiti, direka untuk memenuhi keperluan semua pencinta motosikal.

Kami percaya bahawa Eliminator akan menarik minat penunggang baharu yang mencari motor permulaan yang unik, manakala ZX-6R menawarkan prestasi dan keseronokan yang diinginkan oleh penunggang berpengalaman. Kami berbangga untuk menyokong komuniti motosikal Malaysia dan berharap dapat terus meningkatkan penawaran produk kami.”

Untuk maklumat lanjut mengenai model ini dan tawaran menarik yang lain, layari laman web rasmi MODENAS dan Kawasaki Malaysia.

Baca Juga : Kawasaki Ninja ZX-6R Tampil Dengan Imej Lebih Garang

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok. 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply