Isteri Enggan Duduk Serumah Dengan Mentua, Suami Wajib Sediakan Tempat Tinggal Berasingan

Isteri enggan duduk serumah dengan mentua, suami wajib sediakan tempat tinggal berasingan. Dalam institusi perkahwinan, isu berkaitan tempat tinggal sering menjadi topik yang perlu dibincangkan dengan bijaksana, terutama apabila melibatkan keputusan isteri untuk tidak tinggal bersama mentua.

Isteri Enggan Duduk Serumah Dengan Mentua

Dalam Islam dan undang-undang keluarga, suami sebenarnya mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa dan sesuai bagi isteri dan anak-anaknya. Namun, apabila isteri enggan tinggal bersama mentua, apakah yang perlu dilakukan oleh suami?

Sebenarnya isu tinggal bersama mentua merupakan isu yang sering menjadi perdebatan. Tidak semua selesa tinggal dengan mentua. Oleh itu, sebaiknya sebelum berumah tangga, bincang baik-baik agar tidak menjadi masalah di kemudian hari.

Ikuti perkongsian Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan.

1) Tanggung jawab suami menyediakan tempat tinggal untuk isteri berdasarkan kemampuannya, sama ada beli, sewa atau pinjam dari orang lain.

2) Antara hak isteri yang wajib suami sediakan ialah tempat tinggal yang tidak bercampur dengan orang lain termasuk ibu bapa mentua. Perkara ini ditegas oleh ulama-ulama mazhab Syafie antaranya Imam Syamsuddin al-Ramli di dalam karyanya, “Ghāyat al-Bayān Syarḥ Zubad Ibn Arsalān”:

وَلَو اشْتَمَلت دَار على حجر مُفْردَة الْمرَافِق جَازَ إسكان الضرات فِيهَا من غير رضاهن وَكَذَا إسكان وَاحِدَة فِي علو واخرى فِي سفل مَعَ تَمْيِيز الْمرَافِق لِأَن كلا مِمَّا ذكر مسكن.

Maksudnya: “Jika sebuah rumah terdapat bilik-bilik yang memiliki kemudahan-kemudahan yang tersendiri, suami harus menempatkan isteri-isterinya di dalamnya tanpa reda mereka.

Begitu juga menempatkan salah seorang isterinya di tingkat atas dan seorang lagi di tingkat bawah beserta kemudahan-kemudahan yang dapat dibezakan (dipisahkan) kerana kedua-duanya disebut sebagai tempat tinggal (yang berbeza)”.

Suami Wajib Sediakan Tempat Tinggal Berasingan

3) Berdasarkan kenyataan di atas, si isteri berhak mendapatkan hak tinggal di tempat sendiri bersama suami dan anak-anaknya tanpa dicampurkan dengan orang lain.

4) Isteri juga berhak mendapat tempat tinggal sendiri yang memiliki keperluan-keperluan asas hidup seperti dapur, perkakas asas rumah, tandas dan tempat tidur yang tidak dikongsi oleh orang lain kecuali suami dan anak-anak.

5) Suami boleh menempatkan si isteri dalam sebuah bilik yang besar dalam sebuah rumah yang besar yang bercampur ahli keluarga yang lain. Dengan syarat bilik itu lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas rumah. Dengan itu si isteri mampu bergerak bebas dan urusan privasinya tidak terganggu oleh orang lain.

6) Ini kerana bilik sebegitu (point 5) sudah termasuk dalam kategori rumah kediaman yang tersendiri. Berlainan jika isteri ada hak privasinya hanya dalam bilik tidur di sebuah rumah yang bercampur dengan orang lain. Bahkan tiada privasi ketika dia ingin menggunakan kemudahan dan barang keperluan di dalam rumah.

7) Suami boleh menempatkan isteri serumah dengan mentuanya atau dengan madunya berdasarkan syarat keredaan dari si isteri. Jika isteri tidak reda si suami tiada hak untuk memaksa si isteri berbuat demikian. Begitu sebaliknya, si isteri tidak boleh paksa si suami tinggal bersama ibu bapanya(isteri).

8) Taat kepada perintah ibu bapa itu wajib hukumnya, tetapi bukanlah secara mutlak. Seseorang wajib mentaati kedua-duanya selagimana arahan itu tidak bercanggah dengan syariat, tidak berunsur maksiat dan tidak mengambil hak orang lain.

Sumber: Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil

Baca artikel lain juga: Isteri Tertekan Hidup Dengan Suami Terlalu Berkira, Semua Perkara Nak Kena Kongsi Bayar

Isteri Berharta, Rasa Suami Bergantung Hidup Dengan Dirinya, Dominan Dalam Rumah Tangga

Suami Curang, Isteri Kerja Luar Negara, Tanggung Nafkah Keluarga, Saya Macam Kahwin Dengan Biawak Hidup

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply