Nak cara pikat hati ipar duai tak? Nak balik raya nanti anda tak kekok dan lebih mudah ‘masuk’ geng.
Okay, buat anda yang bakal berumah tangga, perlu diingat kita bukan hanya berkahwin dengan suami kita sahaja tetapi kita juga akan bercampur dengan keluarga mereka.
Cara Pikat Hati Ipar Duai
Adik beradik suami dan biras antara orang yang perlu kita pikat untuk mencipta hubungan baik.
Sekali pun kita tak seteru, sebaiknya kita belajar untuk jadi orang yang diterima baik oleh mereka masa awal-awal kahwin. Okay, ini antara perkara yang anda boleh buat.
1. BERKONGSI MINAT
Ambil tahu apa yang diminati oleh ahli keluarga. Jadi bila jumpa anda ada topik nak dibualkan. Bonus buat anda yang jenis peramah, senang nak masuk dalam apa jua situasi. Bila kita tunjukkan effort untuk berborak minat mereka, ini akan cipta chemistry antara satu sama lain.
2. TAMBAT PERUT
Bila dah jadi keluarga kena lah rajin tunjuk bakat memasak. ITak perlu menu berat pun, kalau pandai masak menu simple pun sudah memadai buat makan bersama. Bila nak gathering kat rumah mentua, boleh bawa kuih muih yang mudah nak buat. Bila dah pandai memasak, anda boleh upgrade bawa lauk pula. Dengan cara ni, ipar duai pun seronok nak bercampur dengan kita.
3. JANGAN JADI MACAM BELANGKAS
Walaupun baru berkahwin, jangan lah ikut ke mana suami pergi bila balik rumah mentua. Takut ipar duai rasa meluat nanti. Ambil peluang ini untuk
kenal dengan lebih rapat dengan ipar dan biras.
4. JANGAN MULAKAN GOSIP
Walaupon anda ringan mulut, jangan sesekali mulakan agenda untuk mengumpat. Lagi-lagi mengumpat ahli keluarga sendiri. Tindakan ni akan
buatkan anda nampak teruk di mata ipar duai. Sebaiknya sembang je topik-topik menmasak, mengemas. Itu lebih baik.
5. SENTIASA JOIN MAJLIS
Bila ada event keluarga tak kisah lah kenduri tahlil, family day, birthday party anak sedara, pastikan sebolehnya untuk participate. Bukan cari alasan tak nak join. Kalau ada gathering, masa ini lah untuk berkongsi cerita, merasa air tangan ipar duai yang lain dan bermesra antara satu sama lain.
Sebenarnya tak susah nak baik dengan ipar dan biras, kalau ipar anda pendiam, cuba lah untuk memulakan perbualan. Kalau anda pun senyap,
memang tak ke mana lah jawabnya.
Haaaa… buat anda yang baru sahaja masuk keluarga baru, jangan lupo cuba ubah suasana jadi lebih ‘ngam’ dan cipta memori bahagia bersama keluarga mentua. Baru lah suami rasa senang hati dengan sikap anda!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.