Vape Perisa Beri Lebih Berbahaya Kepada Paru-Paru Berbanding Vape Biasa

Rokok elektronik atau popular dengan panggilan vape hanya setengah dekad lalu dilihat sebagai alternatif lebih selamat berbanding menghisap rokok. Ia didakwa tidak mendatangkan kesan negatif kepada paru-paru dan tidak mendatangkan ketagihan. Tetapi menerusi kajian lebih terkini, kita kini mengetahui vape sama sahaja bahayanya sehingga menyebabkan kecederaan EVALI.

Kini kajian terkini oleh Profesor Ajitha Thanabalasuriar dari McGill University dan Erika Penz dari Universiti Saskatchewan mendapati vape berperisa buah beri adalah lebih berbahaya kepada paru-paru berbanding vape tanpa perisa. Dalam kajian yang dilakukan ke atas tikus makmal, vape berperisa beri melumpuhkan sel imun pada paru-paru.

Vape

Sel imun ini membantu tumbuh untuk membuang partikel berbahaya. Dengan kehilangannya, tubuh lebih terdedah kepada jangkitan sistem pernafasan. Vape tanpa perisa didapati tidak mendatangkan kesan yang sama.

Saintis kini menemukan perkaitan antara penggunaan vape berperisa beri dan risiko lebih tinggi menyebabkan jangkitan. Kandungan vape berperisa beri yang menyebabkan sel imun lumpuh masih belum diketahui dengan lebih kajian perlu dilakukan. Dengan kata lain sekiranya anda masih berdegil untuk menghisap vape, adalah lebih selamat untuk menggunakan cecair vape tanpa perisa.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply