Windows Hello merupakan teknologi log masuk buatan Microsoft yang membolehkan pengguna untuk melog masuk kedalam komputer mereka tanpa perlu memasukkan kata laluan, dan menggunakan imbasan wajah ataupun cap jari.
Pada tahun lepas, mereka telah memperkenalkan ciri Passkey yang membolehkan pengguna untuk melog masuk kedalam laman web dan perkhidmatan digital pada komputer menggunakan teknologi log masuk Windows Hello. Terkini, dengan kemaskini terbaru kepada Windows Insider Program, Microsoft telah memperkenalkan kemaskini baru kepada Windows Hello dan juga ciri Passkey.
Melalui kemaskini Windows 11 Insider Preview Build 22635.4440 (KB5045889) terbaru, menu log masuk menggunakan Windows Hello kini akan tampil dengan ikon-ikon berbeza yang menunjukkan secara terus pilihan log masuk yang boleh anda pilih, samada ia adalah melalui imbasan wajah, imbasan cap jari, angka pin, menggunakan aksesori fizikal dan sebagainya.
Untuk ciri Passkey pula, Microsoft nampaknya telah mula memperkenalkan kebolehan untuk menukar akaun Passkey yang lebih mudah dan selamat, dan akan diimplimentasi pada bukan sahaja laman web, tetapi juga Microsoft Store.
Untuk pentadbir IT yang mengawal dengan ketat ciri-ciri ini, kemaskini ini juga akan merangkumi kebenaran yang ditetapkan oleh mereka, dan boleh dinyahaktifkan melalui polisi syarikat.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.