Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-19 mencipta kenangan manis apabila seorang bapa dan anak perempuannya menerima ijazah yang sama, pada hari yang sama.
Mohd Zaki Awang, 53, dan anaknya, Aina Afiqah Mohd Zaki, 24, berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Bacelor Eksekutif Pengurusan Perniagaan, menjadikan konvokesyen kali ini lebih bermakna buat keluarga mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Tekad Ubah Nasib Keluarga Selepas Kehilangan Tempat Bergantung Ketika Usia 13 Tahun, Hasrat Mahu Jadi Ahli Perniagaan Berjaya
Isteri tercintanya, Nor Azlina, yang turut hadir di majlis itu, meluahkan rasa bangga melihat suami dan anak perempuannya berkongsi detik bersejarah tersebut.
“Sebagai ibu dan isteri, saya berasa amat bangga kerana di usia 53 tahun, suami dapat menamatkan pengajian walaupun kekangan masa serta komitmen terhadap keluarga.
“Saya selalu memberi semangat kepada mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Wan Hanafi Raikan Kejayaan Cucu Dalam Istiadat Konvokesyen UMPSA. Tahniah!
Pada masa sama, Aina Afiqah pula berasa gembira dan terharu dapat berkongsi kejayaan dengan bapa tersayangnya.
“Saya berbangga dapat menamatkan pengajian ini dengan jayanya walaupun membuat dua kerja dalam satu masa. Tetapi yang paling terpahat memori adalah dapat kenal dengan rakan-rakan baharu dan menimba pengalaman sebagai pelajar jarak jauh.
“Hari ini kami berdua akhirnya berjaya, dan ia benar-benar satu kebanggaan buat keluarga,” kata Aina.
ARTIKEL BERKAITAN: Tekad Ubah Nasib Keluarga, Anak Pengawal Keselamatan Terima Anugerah Diraja. Turut Raih Dua Anugerah Berprestij Yang Lain. Tahniah!
Bagi Mohd Zaki pula, cabaran terbesar sepanjang pengajian ialah perjalanan jauh dari Johor ke Pahang untuk menghadiri kelas.
Tambahnya lagi, dia juga bersyukur kerana UMPSA menyediakan program pembelajaran yang fleksibel, sesuai dengan tugasnya sebagai Eksekutif Perolehan dan Logistik di sebuah syarikat di Pengerang.
“Ia ternyata merupakan pengalaman manis yang akan diingati sepanjang hidup saya. Saya amat bersyukur kerana UMPSA telah menyediakan satu laluan pembelajaran yang fleksibel.
“Sesuai dengan komitmen dan kerjaya saya sebagai Eksekutif Perolehan dan Logistik di sebuah syarikat terkemuka di Pengerang,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UMPSA NEWS
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.