Kesan Sujud Pada Wajah Orang Beriman, Bukan Dilihat Pada Tanda Di Dahi

Bila melihat seseorang dengan tanda hitam pada dahi ada kalangan kita menganggap individu tersebut rajin beribadah, selalu bersujud. Anggapan itu boleh jadi betul atau sebaliknya.

Namun perlu diketahui dalam al Quran memang ada menggambarkan salah satu sifat orang beriman adalah terdapat kesan sujud pada wajah mereka.

Walau bagaimanapun kesan sujud ini bukanlah bermaksud tanda fizikal yang terdapat pada dahi seseorang. Tetapi ia lebih kepada rupa elok yang sedap mata melihat. Demikian perkongsian Prof. Dr Ahmad Sanusi Azmi dari Fakulti Pengajian Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia dalam satu hantaran di akaun media sosial milik

Jelas beliau ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam ibn Kathir ada merekodkan pandangan beberapa sarjana silam berhubung apa yang dimaksudkan tentang kesan sujud di wajah orang yang beriman. Antaranya:

  1. Rupa yang elok (sejuk dan tenang mata memandang). Pandangan ini diutarakan oleh Saidina Abdullah bin Abbas. Ia turut diungkapkan oleh al-Suddi:

الصلاة تحسن وجوههم

“Solat itu memperelokkan wajah (orang beriman).”

  1. Bersifat khusyuk dan tawaduk. Pandangan ini dinyatakan oleh al-Imam Muhajid ibn Jabr, salah seorang tabi’i yang terkenal dalam bidang tafsir yang juga anak murid kepada Saidina Abdullah bin Abbas. Iaitu orang beriman itu zahirnya kelihatan tawaduk dan khusyuk.
  2. Sinar wajah pada hari kiamat. Pandangan ini direkodkan oleh al-Imam al-Tabari yang menukilkan pendapat al-Hasan yang menyatakan:

بياضا في وجوههم يوم القيامة

“Sinar puthi pada wajah orang beriman di hari akhirat kelak.”

Tambah Dr Sanusi lagi Al-Imam Ibn Kathir turut menitipkan pesanan buat kita agar sentiasa menjaga amalan peribadi kita (solat malam, zikir dan selawat) kerana amalan peribadi yang dilakukan secara rahsia, memberikan kesan kepada zahir.

Kata Saidina Umar:

من أصلح سريرته أصلح الله علانيته

“Barangsiapa yang memperelokkan amalan soleh mereka secara rahsia, maka Allah akan memperelok urusan zahir (urusan dunia dan penampilan) mereka. (Tafsir Ibn Kathir)

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply