Meta kini membenarkan model AI Llama mereka digunakan bagi tujuan ketenteraan dan juga sekuriti Amerika Syarikat. Meta bekerjasama dengan syarikat seperti Amazon Web Services, Anduril, Booz Allen, Databricks, Deloitte, IBM, Leidos, Lockheed Martin, Microsoft, Oracle, Palantir dan banyak lagi bagi menggunakan Llama dalam agensi kerajaan Amerika.
Oracle menggunakan Llama untuk melakukan sintesis dokumen selenggara pesawat bagi memudahkan mereka mencari sumber masalah. Lockheed Martin pula menggunakan Llama pada kilang AI Factory mereka untuk menganalisis data serta menghasilkan kod. Sementara AWS dan Microsoft Azure pula menyokong kerajaan dengan pengehosan model AI yang selamat bagi menjaga keselamatan data yang sensitif.
Meta melakukan pengumuman ini sehari selepas muncul laporan Llama digunakan oleh pembangun di China bagi menghasilkan AI bagi tujuan ketenteraan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.