Xiaomi TV A Pro 65 2025 Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM2,599

Xiaomi turut menambah pilihan baharu TV A Pro 65 2025 yang dijual di Malaysia pada RM2,599 dan ketersediaan bermula 10 November 2024. Ia dilengkapi paparan beresolusi UHD 4K dengan sokongan kandungan Dolby Vision, HDR10 dan HLG untuk pengalaman lebih baik. Ini dipadankan dengan cip pemproses Quad A55, GPU Mali G52 MP2, memori 2GB dan storan 16GB secara terbina.

Chromecast dan Miracast juga disokong untuk perkongsian kandungan yang mudah daripada telefon pintar atau tablet. Selain itu mempunyai perkhidmatan penstriman popular seperti Netflix, Amazon Prime Video dan Youtube (prapasang). Terdapat juga dua pembesar suara 12W dengan sokongan Dolby Audio, DTS-X dan DTS Virtual:X Sound untuk kualiti audio lebih baik. Pilihan I/O pula terdiri dengan HDMI, USB 2.0, Composite In (AV), Ethernet (Lan) dan bicu audio 3.5.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply