Langganan Perisian Microsoft 365 Meningkat Lagi Bermula Bulan Ini – Mencecah RM54 Sebulan

Jika anda menggunakan perisian produktiviti Microsoft 365, Microsoft Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan mula memperkenalkan satu lagi peningkatan harga untuk langganan perisian tersebut.

Melalui laman web Microsoft Malaysia, ia dapat diperlihatkan bahawa bermula bulan November 2024, Microsoft 365 akan hadir dengan harga langganan RM44 untuk langganan pelan Personal, manakalan untuk pelan Microsoft 365 Family, ia akan bermula pada harga RM54 sebulan.

Peningkatan harga ini dilihat agak mengejutkan kerana Microsoft telahpun mengemaskini harga langganan Microsoft 365 pada bulan Julai yang lalu yang mana ia memperlihatkan peningkatan harga pelan dari RM36 ke RM44 sebulan untuk pelan Microsoft 365 Family.

Buat masa ini Microsoft Malaysia nampaknya hanya mengemaskini laman web langganan mereka, dan belum menghantar emel notifikasi memberitahu pengguna bahawa peningkatan harga langganan ini akan berlaku bermula bulan ini.

Pada firasat kami, peningkatan tanda harga ini berlaku mungkin kerana baru-baru ini, Microsoft telah menambahkan ciri AI Copilot pada perisian-perisian produktiviti Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan OneNote, semuanya perisian dibawah langganan Microsoft 365, dan kenaikan harga ini adalah “kos” tambahan untuk penambahan ciri tersebut.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply