Perjalanan 10 Tahun Jepun Menuju Masa Depan Bebas Asap

Dalam dekad yang lalu, Jepun telah menyaksikan perubahan besar dalam gaya hidup masyarakatnya apabila mereka mula menuju ke arah negara bebas asap rokok dengan begitu giat dan sangat positif.

Menerusi pengenalan alternatif bebas asap seperti IQOS, produk bebas asap yang menjadi alternatif kepada rokok tradisional, negara Jepun telah melalui transformasi yang kini boleh dijadikan contoh kepada negara-negara lain.

Sejak diperkenalkan di Jepun pada tahun 2014, IQOS mengambil pendekatan inovatif dengan teknologi pemanasan tembakau berbanding pembakaran.

Ia bukan sahaja mengurangkan risiko bahaya yang sering dikaitkan dengan merokok, malah memberikan pengalaman yang lebih selesa tanpa bau yang mengganggu persekitaran.

Salah satu sebab kejayaan besar produk bebas asap di Jepun adalah kerana budaya mereka yang amat mementingkan keselesaan dan kebajikan orang lain.

Dengan penggunaan produk bebas asap yang tidak menghasilkan asap atau bau busuk seperti rokok konvensional, penggunanya tidak berdepan risiko mengganggu orang lain di persekitaran mereka.

Ini menjadi titik penting yang menarik minat rakyat Jepun, yang sangat menghargai persekitaran yang bersih dan harmoni.

Dalam tempoh 10 tahun sejak pengenalannya, IQOS telah berjaya mengurangkan jumlah perokok tradisional dengan mendadak, memberikan harapan kepada mereka yang sukar berhenti merokok untuk beralih kepada alternatif yang lebih baik.

ACARA MERAIKAN KEJAYAAN

Pada 19 Oktober 2024 lalu, satu acara khas yang berlangsung dengan cukup gemilang, ‘Together X Sensorium’, #IQOSTogetherX telah diadakan di Tokyo, Jepun. Acara ini menjadi simbolik kepada ulang tahun ke-10 pengenalan IQOS di negara tersebut.

MASKULIN turut sempat mengikuti acara ini di Tokyo dan melihat bagaimana ia meraikan lebih 30 juta pengguna dewasa di seluruh dunia yang telah beralih kepada produk bebas asap.

Daripada jumlah tersebut, 72% memilih IQOS sebagai pilihan utama mereka. Menurut Presiden Smoke-Free Inhaled Products & Ketua Pegawai Pengguna PMI, Stefano Volpetti, menyatakan bahawa acara global ini menjadi platform untuk berinteraksi dengan komuniti IQOS dari seluruh dunia, menekankan peranan Jepun sebagai pelopor dalam visi bebas asap global.

Presiden Smoke-Free Inhaled Products & Ketua Pegawai Pengguna PMI, Stefano Volpetti

Pengalaman Jepun menunjukkan bahawa produk bebas asap seperti IQOS mampu memainkan peranan penting dalam mengurangkan bahaya tembakau dan memperbaiki kesihatan awam.

Statistik menunjukkan penurunan ketara dalam jumlah perokok tradisional sejak pengenalan IQOS, dengan penurunan sebanyak 44% dalam penggunaan rokok dalam tempoh lima tahun.

Ini merupakan rekod tertinggi penurunan penggunaan rokok yang pernah dicatatkan di Jepun. Data ini menunjukkan bahawa produk pemanasan tembakau (HTP) seperti IQOS mampu memberikan impak positif yang signifikan dalam mengurangkan penggunaan rokok di kalangan perokok dewasa.

Kejayaan Jepun dalam mengurangkan penggunaan rokok tradisional melalui produk bebas asap ini boleh dijadikan contoh kepada negara-negara lain.

Presiden PMJ, Shea Lih Goh

Seperti yang dinyatakan Presiden Philip Morris Japan Ltd., Jepun, Shea Lih Goh, “Jepun merupakan tempat kelahiran IQOS dan telah memimpin usaha menuju masa depan bebas asap selama sedekad yang lalu.

“Sambutan ulang tahun ke-10, #IQOSTogetherX ini bukan sahaja meraikan kejayaan IQOS di Jepun, tetapi juga menyatukan pengguna dewasa dari seluruh dunia yang telah memilih untuk meninggalkan rokok tradisional demi kesihatan mereka dan orang di sekeliling mereka,” tambahnya lagi.

KOLABORASI ISTIMEWA

Dalam sidang media acara ini, turut diumumkan adalah kolaborasi istimewa dengan DJ dan penerbit yang dicalonkan Grammy, Steve Aoki, yang turut membuat persembahan pada acara tersebut.

Steve Aoki yang dikenali dunia muzik dan seni turut berkongsi visi yang sama untuk masa depan bebas asap.

Kerjasama ini menjadi simbol inovasi bersama dan kemajuan ke arah alternatif yang lebih baik. Menurut Steve Aoki, “Saya dapati visi IQOS sangat progresif, inovatif, dan benar-benar memberi inspirasi,” jelasnya yang merupakan bukan pengguna sebarang produk nikotin.

Jepun kini menjadi simbol kejayaan visi bebas asap yang boleh dicontohi oleh negara-negara lain, menunjukkan bahawa peralihan kepada alternatif yang lebih baik adalah langkah penting dalam mencipta masa depan yang lebih sihat dan bersih untuk semua.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply