Kecantikan Puteri Tunggal Mawi & Ekin Dipuji, Sweetnya Cahaya Malaika. “Copy Paste Mawi!

Jarang-jarang berkongsi tentang kisah anak daranya di laman sosialnya, kemunculan puteri tunggal kesayangan penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi mencuri perhatian ramai.

Siapa sangka puteri tunggal Mawi dan pelakon Ekin, Cahaya Malaika sudah meningkat remaja dan kini sudah pun berusia 12 tahun.

Menerusi satu video yang dimuat naik Mawi Bersama Cahaya, anak kecil itu kini sudah pandai merias wajah dan menjaga penampilan diri.

“Dah pandai berbedak,” tulis Mawi menerusi kapsyennya.

Cahaya yang ketika itu sedang memakai bedak kompak kelihatan tersipu malu apabila menyedari dirinya dirakam bapanya.

Wajah ayunya yang semakin membesar dilihat cukup cantik sempurna, mewarisi kecantikan daripada kedua-dua ibu dan bapanya.

Malah penampilan sopan, berhijab serta tutur katanya yang sopan tambah sejuk mata yang memandang.

Biarpun berstatus anak selebriti namun penampilan gadis kecil molek ini sederhana. Tak hairanlah dipuji ramai.

Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya memuji penampilan Cahaya yang saling tak tumpah seperti bapanya. Iras wajahnya cukup ayu dan cantik.

Tidak lagi berharap anak kedua
Baru-baru ini, kepada portal berita Mawi dan Ekin berkongsi bahawa masing-masing tidak lagi berharap kehadiran cahaya mata baharu atas faktor usia.

“Kami dah pasrah dan reda. Lagipun, Cahaya tidak mahu adik lagi.

“Dia okay sebab kembar saya Ain ada dua anak yang hampir sebaya dengannya. Jadi, hidup dia tidak sunyi,” katanya.

Ekin pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum kelahiran Cahaya.

Terdahulu Mawi dan Ekin mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2008. Pasangan ini menyambut kelahiran Cahaya Malaika pada Februari 2012.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply