Lebih 180 Program Istimewa Pelbagai Genre Sepanjang Syawal, Boleh Ditonton Bermula Malam Raya

Bertemakan ‘Masa, Anugerah Terindah’, Astro selaku syarikat penyiaran dan penstriman utama negara bakal memeriahkan sambutan Syawal tahun ini dengan menghimpunkan lebih 180 program istimewa pelbagai genre.

Ia terdiri daripada telefilem, program hiburan, drama-drama tempatan berkualiti tinggi, segmen bual bicara, program realiti dan gaya hidup, rancangan kanak-kanak serta filem-filem blokbuster.

Kesemua program itu boleh ditonton bermula pada malam raya menerusi platform Astro termasuk televisyen, radio dan digital.

Meneruskan tradisi tahunan, Astro turut membawakan sebuah iklan komersil ‘Ada Apa Dengan Masa’ terbitan Astro dengan kerjasama agensi Talon Creative. Ia diarahkan oleh Junad M. Nor daripada produksi Layar Lucida.

 

‘Ada Apa Dengan Masa’ memaparkan kisah seorang bapa yang merindui anak-anaknya tatkala mereka sibuk dengan tugasan harian.

Dengan meluangkan masa ia dapat mencipta momen-momen indah bersama keluarga dan insan tersayang.

Iklan berdurasi 5 minit ini menampilkan 33 bakat Astro dan selebriti terkenal tempatan termasuk Dato’ Jalaluddin Hassan, Keanu Azman, Nas Muammar Zar (Nas T), Shiqin Kamal, Umar Shakur dan ramai lagi.

“Astro menjanjikan penawaran kandungan yang komprehensif di sepanjang Syawal ini bagi memberi nilai tambah kepada para pelanggan yang setia bersama kami selama ini.

“Perancangan rapi telah dilakukan bagi meneruskan kesinambungan kemeriahan program-program hebat pada Ramadan lalu dan berterusan ke Syawal ini.

“Terdapat lebih daripada 180 program telah disusun dan bakal dihidangkan menepati cita rasa semua,” jelas Azlin Reza Azmi, Ketua Saluran Melayu Astro.

Comments

Leave a Reply