Resipi Roti Kapit Berinti Sardin & Keju Paling Mudah Nak Buat

Roti Kapit Berinti Sardin & Keju, antara menu yang paling mudah nak buat untuk sahur nanti. Hanya ambil sekeping roti, letakkan kepingan keju, inti sardin dan bakar. Confirm kenyang dan bertenaga. Paling penting, gunakan Keju Chesdale untuk meningkatkan rasa dalam hidangan. Keju ini kaya dengan kalsium dan protein. Memang sesuai untuk anak-anak. Jom cuba.

ROTI KAPIT BERINTI SARDIN & KEJU

Bahan-bahan:

  • 4-6 keping roti
  • 8 keping Keju Chesdale
  • 200gram sardin – isinya sahaja
  • 1 sudu makan chili flakes
  • 1 batang daun bawang – cincang
  • Anchor Unsalted Butter secukupnya
  • Garam & lada sulah secukupnya

Cara Memasak:

  1. Di dalam mangkuk, satukan sardin, chili flakes dan cincangan daun bawang lalu kacau sebati.
  2. Tambah garam dan lada sulah secukupnya.
  3. Sapu Anchor Unsalted Butter secukupnya atas roti, letak sekeping Keju Chesdale dan sesudu campuran sardin dan ratakan.
  4. Letak sekeping lagi Keju Chesdale. Tutup dengan sekeping lagi roti. Ulangi proses hingga semua bahan habis.
  5. Letak roti di mesin pembuat sandwich dan bakar beberapa minit hingga roti agak perang. Hidangkan panas.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Kari Ayam Berkrim, Menu Mudah Kegemaran Ramai

Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak

Bunga Kobis Masala Berkeju, Rasa Lemak Berkrim & Enak

Quesadilla Daging Kunyit Berkeju, Menu Istimewa Yang Lazat

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply