PETALING JAYA – Keputusan rasmi pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Part Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2024-2027 bagi tiga jawatan Naib Presiden menyaksikan dua penyandangnya iaitu Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mendapat undian tertinggi.
Turut mendapat undian tertinggi ialah Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, sekali gus menewaskan tiga calon lain iaitu Timbalan Ketua Bersatu Selangor, Mohd Rafiq Mohd Abdullah; Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris dan Ketua Bahagian Bersatu Batu Kawan, Aziss Zainal Abidin.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi pada sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Bersatu di sini pada Isnin.
AKAN MENYUSUL
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.