Siapa yang tak nak kembali cantik dan langsing selepas bersalin. Pun begitu selepas bersalin bukanlah masa yang sesuai untuk mak-mak berdiet kerana ibu perlu menyusukan bayi malah perlu makan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk menyusu.
Jika perlu berdiet, pilihkan diet dengan cara yang sihat dan paling penting elakkan jenis diet ekstrem ini.
Ikuti panduan dan perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar mengenai jenis-jenis diet ini.
Dalam proses nak turunkan berat, fokus kepada penurunan berat yang sihat & tak bahayakan kesihatan tubuh. Diet yang diamalkan perlu sesuai untuk jangka masa panjang.
Perlu anda tahu, wanita dewasa perlu:
1,500 – 1,800 kalori sehari
Manakala lelaki dewasa:
1,800 – 2,400 kalori sehari
Jumlah kalori diambil bergantung kepada tahap aktif individu, jika anda aktif bersenam, maka jumlah kalori diambil akan lebih tinggi daripada biasa. Semua ini untuk pastikan tubuh tidak kehilangan jisim penting seperti jisim otot.
Ini senarai 4 jenis diet ekstrem perlu dielakkan:
1. Diet Jus❎
Diet dengan ambil jus daripada buah & sayur sahaja. Tubuh kehilangan sumber tenaga daripada zat penting seperti, Karbohidrat, Protein, Essential fats, Mineral seperti Calcium, Zinc.
2. Diet Makanan Mentah❎
Diet makanan mentah atau ‘raw foodism’, iaitu ambil makanan berasaskan daging haiwan sahaja. Senang kata, pengamal diet ini TIDAK MAKAN MAKANAN DIMASAK.
Mereka juga singkirkan sumber karbohidrat dan tumbuhan seperti sayur, buah, kekacang & tenusu seperti susu. Bahaya diet ini ialah risiko Osteoporosis akibat kekurangan mineral penting seperti Calcium serta kehilangan sumber Vitamin B & Fiber.
3. Diet ‘Single Food’❎
Diet ini cukup popular dalam kalangan artis Korea Selatan.
Dalam satu hari dianggarkan mereka hanya ambil 1 jenis makanan sahaja contohnya, makan 1-2 biji keledek & minum air kosong. Risiko terkena Anemia & Osteoporosis akibat tubuh kehilangan air & otot. Tubuh juga alami ketidakseimbangan hormon seperti haid tak teratur, keletihan & sembelit.
4. Diet 500 Kalori❎
Diet ini sangat memudaratkan kerana pengamal perlu mengurangkan jumlah kalori secara mendadak. Tubuh berisiko alami malnutrisi dengan kerosakan organ dalaman. Diet ini biasa dikhaskan untuk mereka yang betul betul obes dan dilakukan di bawah pemeriksaan doktor.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.