Jaket “Airbag” Baharu Furygan Menggunakan Teknologi MotoGP

Jenama peralatan motosikal Perancis, Furygan, akan melancarkan dua jaket airbag baharu ke pasaran. Fury Airbag Evo dan Fury Airbag Evolution+ telah dihasilkan melalui kerjasama dengan In&Motion untuk mencipta apa yang mereka gambarkan sebagai ‘generasi perlindungan pintar seterusnya’. Model baru ini dikatakan lebih ringan, lebih berventilasi, lebih ergonomik dan lebih tahan berbanding dengan variasi sebelumnya.

Jaket tersebut melindungi leher, dada, tulang belakang dan perut penunggang, untuk membantu mengurangkan risiko kecederaan serta perlindungan belakang D3O (tahap 1 dalam Evo dan tahap 2 dalam Evolution+) untuk memberi perlindungan maksimum kepada penunggang.

Kredit Foto : Website .motorcyclenews

Furygan menyatakan jaket baharu tersebut adalah ‘solusi airbag yang paling selamat di pasaran’, boleh mengembang kurang daripada 0.06 saat setelah electronic fall detection diaktifkan.

Dibuat sepenuhnya daripada kain jaring, jaket ini lebih ringan dan lebih berventilasi daripada model-model sebelumnya dalam rangkaian Furygan. Digabungkan dengan reka bentuk yang baru, Furygan menjanjikan jaket ini akan memberikan keselesaan yang tiada tandingan.

Kredit Foto : Website .motorcyclenews

Mod pengesanan jalan raya, litar dan pengembaraan membolehkan penunggang memilih tetapan terbaik untuk pemanduan mereka dan ini boleh disesuaikan menggunakan aplikasi mudah alih. Jaket dapat diaktifkan dan boleh “reset” sebanyak lima kali sebelum perlu diperiksa oleh pengilang.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply