Semakin lama gaya dan rekaan baju melayu dilihat menyerupai wanita, daripada segi jenis kain dan corak.
Lebih-lebih lagi apabila munculnya satu rekaan terbaharu yang bajunya menggunakan kain jarang hingga menampakan bahagian tubuh lelaki.
Hal ini menimbulkan rasa tidak senang hati sesetengah pihak termasuklah pelakon Hun Haqeem, demikian lapor Kosmo.
View this post on Instagram
Baginya, rekaan baju Melayu semakin hari, semakin hilang identiti kemelayuan ditambah pula wujud pereka sebegini.
“Tapi, bila dah tunjuk ‘asam keping’, macam dah tak beradab. Saya sangat kecewa apabila kita dapat tengok pereka, mereka baju Melayu sebegini.
“Bagi saya, ia melanggar erti kemelayuan itu. Mungkin rupa kita tak berapa Melayu sangat, tapi jiwa kita sangat-sangat Melayu. Jadi, janganlah.
“Saya kalau pakai baju Melayu tanpa songkok pun rasa tak lengkap sebab kita sebagai orang Melayu ada sopan santun, beradab, adat dan sebagainya.
“Apapun, kembali kepada asas kita. Tonjolkan nilai Melayu itu. Kenapa kita tak pakai kemas-kemas dan lengkap,” katanya.
Tambah Hun, kalau bukan orang Melayu martabatkan identiti budaya sendiri, maka tak perlu berlebihan untuk memodenkan sesuatu pakaian.
“Jadi, saya akan cuba kongsi perspektif ini kepada orang lain supaya mereka dapat kongsikan kepada orang lain juga.
“Okay saja kalau nak memodenkan sesuatu, tapi kena fikirkan asasnya juga. Adakah kalau kita nak buat sesuatu itu akan mencalarkan kesopanan Melayu itu dan adakah ia akan mencalarkan nama Melayu itu.
“Benda-benda itulah yang kita kena jaga sebab siapa lagi yang akan membanggakan bangsa kita kalau bukan kita.
“Bila lagi kita nak ambil peluang untuk tunjukkan kepada orang luar sana, ini identiti kita melalui pakaian,” katanya.
Sumber: Kosmo!
BACA: Serangan Konsert Moscow: Ratusan Berjaya Selamat Kerana Remaja Ini
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.