Makanan Vietnam terkenal dengan kombinasi rasa yang seimbang, bahan segar, dan penyediaan yang ringkas tetapi penuh seni. Keunikan ini menjadikan masakan Vietnam sebagai salah satu yang paling digemari di dunia, menggabungkan kesederhanaan dalam penyediaan tetapi penuh dengan kekayaan rasa dan budaya yang mendalam.
Rasai keunikan Vietnam di Latest Recipe – restoran bufet kegemaran di Kuala Lumpur yang membawa satu perjalanan istimewa untuk menerokai keajaiban kulinari Vietnam dalam bufet bertema, dari 11 hingga 20 Oktober 2024.
A Journey to Vietnam
Le Méridien Kuala Lumpur telah membawa dua chef berbakat dari Sheraton Saigon untuk membawakan pengalaman istimewa ‘A Journey to Vietnam’. Dikenali sebagai “resipi terlupakan” Vietnam, pengalaman ini dikurasi dengan teliti oleh Chef Le Huynh Nam dan Tran Dang Khoa, menampilkan 3 menu berputar dalam bufet yang unik. Lebih daripada sekadar rasa, ia adalah peluang untuk menyelami budaya, seni, dan warisan mempesonakan Vietnam.
Antara hidangan menarik yang menanti pelanggan termasuklah Salad Udang & Keladi Kelapa, gabungan menyegarkan udang segar dan keladi kelapa dari Delta Mekong, disiram dengan sos ikan yang masam, menampilkan keunikan pesisiran pantai Vietnam. Selain itu,Bo Kho (Daging Lembu Rebus) pula merupakan rebusan lembut daging yang dimasak perlahan, gabungan rasa Perancis dan Vietnam, diperkaya dengan rempah aromatik serta sedikit kayu manis. Disajikan dengan baguette rangup gaya Vietnam, memberikan kombinasi yang tidak dapat ditolak.
Tiada perjalanan ke Vietnam yang lengkap tanpa pho, sup mi ikonik negara itu. Sama ada anda menggemari kuah jernih dan beraroma dari utara atau versi selatan yang dipenuhi dengan herba segar, chef kami telah menyediakan semangkuk pho sempurna untuk membawa anda merasai suasana di jalanan Vietnam.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Bufet Makan Malam bertemakan Vietnam ini. Tempah tempat anda di sini, Whatsapp +60 12-215 8782 atau hubungi +603 2263 7888, dan biarkan deria anda dibawa ke citarasa Vietnam!
Makan Malam “A Journey To Vietnam” di Latest Recipe (Tingkat 5) berharga RM198 bersih dan RM99 untuk kanak-kanak dari isnin hingga khamis. Manakala dari Jumaat hingga ahad, berharna RM RM208 bersih untuk dewasa dan RM104 bersih untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.
Pastikan anda menggunakan tanda pagar promosi ini semasa menikmati hidangan di sini:
#LeMeridienKL #MarriottBonvoy #LatestRecipeKL
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.