Aafiyah Tamat Tadika, Siti Nurhaliza Kongsi Kegembiraan

Ibu mana yang tak gembira bila anaknya tamat belajar, apatah lagi menghadiri hari konvokesyen buat pertama kalinya. Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, berkongsi perasaan terujanya kerana hari ini adalah hari graduasi anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid.

Perkara ini dikongsikan Siti Nurhaliza di Instagram miliknya dengan memberi penghargaan kepada guru yang mendidik anak perempuannya sepanjang belajar di tadika berkenaan.

“Alhamdullillah, Hari ini Graduation Aafiyah .. Terima Kasih guru yang mendidik Aafiyah sepanjang Aafiyah di @brainybunchofficial ..”- Datuk Seri Siti Nurhaliza

Dalam perkongsiannya, anak kelahiran negeri Pahang ini turut berkongsi beberapa gambar yang memaparkan anaknya memakai pakaian graduasi. Turut menemani mereka, suami tercinta, Datuk Seri Khalid Jiwa, yang bergambar kenangan bersama dalam momen istimewa ini.

Tok Ti juga mendoakan kesejahteraan kedua anak-anaknya di dunia dan akhirat.

“Semoga anak anak ibu menjadi anak yang soleh dan soleha , anak yang berjaya di dunia & akhirat, pejuang agama Allah dan sentiasa memberi manafaat kepada insan lain.. Aamin ya rabb..”- Datuk Seri Siti Nurhaliza

NETIZEN TERHIBUR DENGAN REAKSI AFWA BERGAMBAR BERSAMA

Bukan itu sahaja, reaksi anak kedua Tok Ti, Muhammad Afwa juga membuatkan netizen terhibur melihat gelagat Afwa bergambar bersama keluarga.

“Afwa, mata mana mata.”
“Kenapa afwa tuuu. Geramlah perangai dia tau
“Afwa comel sangat senyum macam tu.”

UCAPAN TAHNIAH
Meninjau di ruangan komen, rata-rata para netizen mengucapkan tahniah kepada amak perempuan sulungnya.

“Masya-Allah tabarakallah tahniah aafiyah. fhm sgt perasan ibu yg 1st time ank konvo ni ibu yg plg excited.”
“Tahniah aafiyah saying. Afwa comel sangat senyum macam tu.”
“Aafiya mmg muka Datuk K sungguh”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Sumber: ctdk

Comments

Leave a Reply