Memilih untuk jaga emosi sendiri selepas berkahwin, Che Puan Juliana Evans, masih berminat berlakon dan tidak mahu meninggalkan dunia seni.
Ini caranya cipta rasa bahagia dalam diri walau sibuk menguruskan keluarga kecil bersama insan tersayang.
Che Puan Juliana Evans Sibukkan Diri
Menerusi satu pertal hiburan, Juliana yang juga isteri kepada kerabat diraja Johor dan Selangor, iaitu Tengku Shariffuddin Shah sejak 2017, gembira setiap kali berdamping dengan penggiat seni yang sealiran dengannya.
“Sebagai ibu dan manusia, kita perlu terus jadi diri sendiri. Saya melalui apa yang setiap ibu hadapi. Selepas melahirkan anak, anda berubah dari kepala hingga kaki di mana fizikal dan mental semua berubah.
“Kita belajar terima perubahan dengan keutamaan yang sudah berbeza. Namun, pada masa sama, kita sebagai wanita dan ibu ada karier dan sibukkan diri untuk kesihatan mental.
“Kita buat apa yang boleh buat kita gembira. Macam saya, gembira apabila berada bersama orang-orang seni. Saya fikir, ini adalah suatu perkara yang sihat untuk terus sibuk.
“Apabila sibuk, saya gembira. Biarpun sebagai ibu, saya perlu buat sesuatu untuk diri saya,” katanya lagi.
Terima Tawaran Berlakon Ikut Kesesuaian Watak
Juliana mengaku gembira diberi peluang untuk menjayakan projek filem.
Berkongsi mengenai pembabitannya dalam filem Bisikan Dosa, Juliana yang membawakan watak Doktor Delina memberitahu, naskhah itu adalah yang pertama dilakonkan selepas melahirkan anak kedua, Jun tahun lalu.
“Saya terima tawaran ini disebabkan kesesuaian watak, lokasi dan masa. Sebenarnya, saya ‘picky’ (memilih) dari awal lagi. Selepas jadi ibu, saya lebih ‘picky’. Sekarang kalau saya berlakon, saya mahu bersedia daripada segi fizikal dan mental,” katanya.
Juliana atau nama sebenar, Juliana Sophie Johari Evans mahu terus aktif dalam dunia seni selepas lima tahun mengambil keputusan memperlahankan langkahnya.
Caravan Jadi Tempat Privasi
Demi keselesaan ketika bekerja di lokasi penggambaran, Juliana mempunyai kenderaan rekreasi (RV) atau lebih dikenali sebagai campervan untuk digunakan.
“Saya kena jaga diri sendiri. Caravan dijadikan tempat rehat dan privasi saya. Kenderaan ini membantu untuk saya bersendiri untuk menghafal skrip dan sebagainya.
“Saya pernah lalui detik trauma di set penggambaran dan terkena serangan panik serta rasa tidak selesa. Jadi, saya lebih bersedia sekarang. Saya tidak perlukan perhatian istimewa dari syarikat produksi sebab mereka beri layanan baik,” katanya.
Begitulah cerita bahagia daripada Che Puan Juliana Evans dalam menjaga emosinya sebagai ibu muda. Bijak uruskan masa dengan dunia kerjaya dan rumah tangganya. Jadi, kita pun sepatutnya kena pandai cari masa untuk diri sendiri untuk rasa bahagia.
Kredit gambar: Juliana Evans
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.