Penyanyi Shila Amzah yang kini sedang sarat hamil lapan bulan berdepan detik cemas apabila terasa seperti hendak bersalin ketika berkunjung ke bazar Ramadan pada minggu lalu.
Kongsi Shila menerusi Instagramnya, dia yang secara tiba-tiba sakit ketika berada di bazar pada mulanya memikirkan yang sudah sampai masanya untuk dia bersalin ketika itu.
“Sumpah, saya sangka memang hendak bersalin minggu lalu. Saya ke bazar Ramadan bersama suami dengan menaiki motorsikal.
“Kami sampai di bazar dan terpaksa bergegas balik rumah sebab saya mula rasa seperti sesuatu hendak keluar (bersalin),” kongsi Shila menerusi Instagramnya.
Melalui pengalaman kontraksi palsu atau ‘braxton hicks’ kata Shila tidak semudah yang disangka. Biar pun pernah mengalui pengalaman sebelum ini namun kali ini agak berbeza bagi Shila.
“Sakit pelvis…and whooo said braxton hicks tak sakit,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu akui Shila dia bersyukur kerana proses kehamilan anak keduanya ini berjalan lancar malah teruja untuk menyambut kelahiran anak keduanya itu pada Syawal tidak lama lagi.
Sama seperti kelahiran terdahului, akui Shila dia tidak dapat lari daripada berasa gementar menanti kelahiran secara normal selepas bersalin secara pembedahan caesarean untuk anak pertamanya.
“Saya teruja tetapi dalam masa sama gementar.
“Saya berharap kelahiran secara VBAC (Virginal Birth After Caesaean) akan berjaya. Doakan untuk saya,” ujar Shila.
Dalam pada itu, Shila yang menjalani kehidupan seperti biasa turut mendedahkan dia terpaksa menahan kesakitan akibat perubahan hormon dan bentuk badan sepanjang kehamilannya.
Terdahulu, Shila mendirikan rumah tangga bersama Ubai pada 4 Ogos 2023. Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Edraki pada 2018, namun berakhir dengan perceraian. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia 5 tahun.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.