Port Menarik di Selatan Thailand, Patutlah Rakyat Malaysia Suka Masuk Sini

Ramai pelancong dari Malaysia bercuti di Wilayah Selatan Thailand dan menyumbang lebih 100 juta Baht (100 Baht = RM12.71) kepada ekonomi tempatan sempena cuti panjang.

Kebanyakan pelawat dari Malaysia dilaporkan menggunakan pintu masuk Bukit Kayu Hitam dan Pengkalan Hulu di Malaysia untuk menuju ke Sadao dan Betong di Thailand.

Secara keseluruhannya, seramai 20,000 pelawat dari Malaysia telah bercuti di wilayah selatan Thailand pada cuti panjang hujung minggu lepas iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Antara kawasan tumpuan pelancong Malaysia ialah di Pantai Samila, Bandar Lama Songkhla dan Pasar Terapung Khlong Hae di Wilayah Songkhla.

5 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla

 

Khlong Hae Floating Market

Hatyai cukup terkenal sebagai salah satu syurga makanan yang menawarkan pelbagai pilihan makanan unik.

Pasar Terapung Khlong Hae merupakan destinasi yang cukup unik dan wajib dikunjungi apabila berkunjung ke Hatyai.

Majoriti penjual di sini berada di dalam sampan di tebing sungai dan pelanggan hanya perlu berjalan di kawasan jambatannya untuk membeli.

Bukan sahaja di dalam sampan malah turut terdapat gerai jualan di kawasan daratnya. Antara yang terlaris di sini adalah minuman yang di jual di dalam bekas tembikar dan buluh!

ASEAN Night Bazaar

ASEAN Night Bazaar merupakan pasar malam terbesar yang beroperasi pada jam 4.30 petang hingga 10 malam.

Di sini anda bakal rambang mata melihat barangan jualan yang jarang dilihat di tempat lain! Semestinya pelbagai makanan Hatyai yang viral boleh di dapati di pasar dua tingkat ini.

Antaranya Fruit & Vege Shaped Mung Bean (Luk Chup), Bamboo Sticky Rice, Thai Coconut Pudding, Thai Grilled Banana, Thai Coconut Ice Cream dan banyak lagi.

Selain gerai makanan, di sini turut mempunyai kedai yang menjual pakaian, beg, peralatan hiasan dan barangan kraftangan.

Hatyai City Municipal Park

Taman Perbandaran Hatyai ini terletak di Jalan Kanchanawanit dan sekitar 6km dari pusat bandar di Lebuhraya Hat Yai-Songkhla.

Taman ini merupakan kawasan rekreasi yang popular dalam kalangan warga tempatan dan pelancong.

Di sini terdapat pavilion, kandang burung, gerai makanan, patung Raja Rama V, kuil Brahman, patung jed Guan-yin serta Dewi Cina.

Antara tarikan pelancongan berdekatan dengan taman ini adalah Hatyai Science and Astronomy Center (Astronomical Observatory), Hatyai Ice Dome dan Hatyai Cable Car.

Samila Beach

Majoriti pelancong yang bercuti di Hatyai pasti akan meluangkan masa untuk mengunjungi Samila Beach bagi merakamkan memori dengan sebuah patung.

Samila Beach mempunyai sebuah patung Ikan Duyung Emas yang menjadi tarikan utamanya serta sebagai mercu tanda pantai tersebut.

Mengikut penduduk setempat, patung duyung yang dibina pada tahun 1966 ini mempunyai kisah legendanya di mana seorang nelayan pernah melihat puteri duyung sedang menyisir rambut menggunakan sikat emas pada waktu malam.

Phra Maha Chedi Tripob Trimongkol (Steel Pagoda)

Hatyai turut kaya dengan beberapa buah pagoda yang mempunyai senibina yang unik dan sering dijadikan spot pelancong untuk bergambar.

Salah satu daripadanya adalah dikenali Steel Pagoda kerana senibinanya yang berasaskan besi tahan karat.

Pagoda yang dikelilingi dengan loceng dan gong ini dikatakan yang paling unik di dunia! Menjelang waktu senja, lampu-lampu mula menyinari bahagian luaran pagoda ini.

Jadi anda boleh berkunjung pada waktu malam untuk menyaksikan keindahannya yang dilimpahi cahaya.

5 Tempat Menarik Di Krabi

Railay Beach

Berpasir putih, air laut yang cukup jernih kebiru-biruan, dikelilingi pula dengan bukit-bukit batu kapur, bayangkanlah keindahan Railay Beach yang terletak di Krabi Town ini. Untuk menuju ke pantai indah ini anda perlu menaiki bot kerana pantai ini dipisahkan dari kawasan lain dengan bukit batu kapur.

Apa yang menarik di hutan ini adalah kekayaan flora dan faunanya yang unik, manakan tidak, Thung Teao Forest Natural Park adalah hutan dara yang tidak pernah dikacau oleh tangan manusia untuk sebarang bentuk pembangunan, pembalakan dan lain-lain.

Untuk meneroka kawasan rimba ini anda perlu menggunakan laluan semula jadi yang berkepanjangan sekitar 2.7 km. Apa yang menarik di dalam hutan ini adalah air terjunnya, namun tarikan yang paling terkenal di hutan ini adalah kolam kristalnya.

Klong Thom Hot Springs

Sambil berendam anda boleh memejamkan mata dan merelakskan fikiran bertemankan bunyi indah alam semulajadi.

Air kolam ini turut memiliki banyak ruang-ruang kolam lain yang terhasil secara semulajadi, kalau anda datang ke sini, pilihlah yang mana yang menarik hati anda, terasa seperti berada di tab mandi rumah sendiri pula.

Namun begitu, kawasan kolam ini agak meriah dikunjungi, oleh itu, anda disarankan untuk datang ke sini sekitar pukul 7.00am ke 8.00am dan 4.00pm ke 5.00pm untuk menikmati mandian dengan lebih tenang.

Koh Panyi (Kampung Terapung Muslim)

Koh Panyi merupakan perkampungan nelayan yang majoriti penduduknya adalah Muslim. Di sini anda dapat melihat banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata dan juga yang paling penting sekali kedai makan.

Bagi anda yang dah seharian berjalan tu, mailah ke Koh Panyi untuk menjamu selera, sedap-sedap juga makanan di sini.

Yang menariknya lagi tentang Koh Panyi ini adalah kawasan bermain bola sepaknya yang juga terapung di atas air, memang unik!

Koh Lanta

Koh Lanta terdiri daripada beberapa buah pulau namun yang paling terkenal adalah Koh Lanta Yai yang memiliki air laut yang tenang dan pemandangan yang begitu mengasyikkan.

Di sini anda boleh menyelam untuk melihat panorama dalam air yang agak jelas.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah berkayak di kawasan paya bakau yang terdapat berdekatan pulau.

Tup Island

Air yang cetek, penuh dengan ikan yang cantik, Tup Island adalah destinasi yang cukup ideal bagi anda yang datang bersama keluarga.

Bersnorkeling di sini memang bestlah! Pemandangan di kawasan sekitar pantai juga tidak mengecewakan, sangat menyejukkan mata.

Namun begitu, disebabkan ramai yang memiliki fikiran yang sama bahawa Tup Island ini adalah pulau yang cukup mempesonakan, jadi agak sibuk dengan kedatangan pelancong terutama pada musim cuti.

Maya Bay

Sebuah kawasan perairan teluk yang mampu membuat anda sekeluarga terlentang di pasir kerana begitu terpesona dengan keindahannya.

Dikelilingi oleh tebing-tebing tinggi di sekitarnya, di dalam kawasan teluk ini terdapat beberapa buah pantai yang kecil dengan pasir putih dan air laut yang jernih.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply