Maryam DurianKimchi Hamil Anak Kedua, Rina Bakal Dapat Adik!

Tahniah diucapkan buat pasangan pempengaruh Maryam You Narae dan suaminya, Ryzal Ibrahim yang berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua mereka.

Menerusi Instagram, Maryam yang juga dikenali sebagai Maryam DurianKimchi memuat naik video ketika memberitahu suaminya.

“Kebahagiaan baru telah datang kepada kami sekeluarga.

“Kami sedang bersiap sedia untuk hari kami menjadi keluarga empat orang,” coret Maryam yang tidak mendedahkan usia kehamilannya.

Menerusi video itu dilihat anak sulung pasangan ini, Rina yang kini berusia tiga tahun berlari menyerahkan alat penguji kehamilan yang memaparkan keputusan positif kepada Rizal.

Ryzal yang tidak terkejut dengan situasi itu nampak begitu teruja akan kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka tidak lama lagi.

Maryam sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Mei 2023 ketika usia kandungan baharu tiga minggu.

Terdahulu, bekas ahli fisioterapi itu memeluk Islam pada 11 Julai 2019 sebelum mengahwini Ryzal pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul.

Menarik: 12 Jam Masih Tak Rasa Nak Beranak, Raja Ilya Resah Tunggu Detik Bersalin!

Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!

Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Selera Makan Makin Bertambah!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply