Bukan Calang Orang! Jin BTS Hasilkan Nilai Impak Media Sebanyak USD3.6 Juta Hanya Dalam Masa 24 Jam Selepas Diumum Sebagai Duta Global Alo Yoga

Baru-baru ini, jenama sukan Alo Yoga mengumumkan bahawa Jin BTS telah dilantik sebagai duta global jenama itu pada 17 Oktober lalu bersempena kempen awal musim bunga bagi tahun 2025 dan pembukaan pejabat pusat pertama Alo Yoga di Korea Selatan di Taman Dosan, Seoul. 

Menerusi sebuah temubual eksklusif media WWD bersama Naib Presiden Pemasaran dan Kreatif Alo Yoga, Summer Nacewicz menyatakan bahawa jenama tersebut telah menghasilkan ‘Media Impact Value (MIV)’ sebanyak USD3.6 juta, termasuk perkongsian di Instagram milik Jin atau nama sebenar Kim Seokjin bernilai USD1.2 juta.

MIV adalah salah satu sistem penilaian metrik hak milik yang dibina oleh Launchmetrics dalam menetapkan nilai monetari atau kewangan menerusi platform media yang membantu sesebuah jenama mengukur impak pendedahan media mereka dalam mempromosi produk.

BACA: Beri Impak Luar Biasa Dilantik Sebagai Duta Global 5 Jenama Dalam Masa 4 Bulan Selepas Tamat Ketenteraan! Kini Jin BTS Bakal Lancar Album Solo November Ini!

Kredit: Alo Yoga

Menurut Nacewicz, kerjasama di antara anggota kumpulan K-Pop sensasi, BTS Jin dan Alo Yoga juga menandakan tonggak penting bagi jenama berkenaan.

Dalam pada itu, Jin berfungsi untuk mengembangkan misi jenama tersebut bagi memberi inspirasi kepada masyarakat di seluruh dunia untuk merangkul kesedaran, pemulihan dan gerakan utamanya dalam sukan.

Selain itu, pemilihan Jin juga bukan sahaja kerana beliau mampu mewujudkan nilai-nilai positif, namun ia disertakan dengan kesan yang boleh mencetus perubahan kepada orang ramai melalui pengaruh dan platformnya yang kuat.

BACA: Jin BTS Dipilih Sebagai Duta Global Gucci, Bakal Keluarkan Album Baru!

Kredit: Alo Yoga

Nacewicz menambah, “kolaborasi ini adalah keselarasan sempurna dengan visi kami untuk mempromosikan kesihatan fizikal dan mental dalam skala global.”

Bercakap mengenai perkembangan seni Jin BTS, beliau baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul ‘I’ll Be There’ pada 25 Oktober lalu dan bakal muncul dengan album pertama solo pada 15 November ini.

BACA: Peminat Jangan Berharap Lebih, Jin BTS Mengaku Tiada Niat Nak Jadi Pelakon

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

, , , ,

by

Comments

Leave a Reply