Cik Epal Nak Mulakan Hidup Baru Dengan Anak-Anak, Takkan Pisahkan Kasih Bapa. “Sedia Co-Parenting”

Usahawan dan pempengaruh media social, Cik Epal mengakui hidupnya kini lebih lega malah kini mahu meneruskan kehidupan yang lebih baik bersama dua anaknya, Han dan Yuki.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia juga sudah bersedia untuk sama-sama menjaga dua anaknya dengan bekas suami tanpa memisahkan mereka dari kasih sayang bapanya.

Menerusi Instagramnya, Cik Epal berkongsi cerita mengenai kehidupan kini bersama dua anaknya malah kini sedang menyiapkan rumah baru buat dirinya dan anak-anak.

“Aku bersedia saja untuk co-parenting jaga Han dan Yuki sama-sama.

“Aku pun tengah busy nak deko rumah baru aku dan nak mulakan hidup baru dengan Han dan Yuki.

“Aku takkan pisahkan Han dan Yuki dengan duda aku pun. Jangan risau, aku boleh bawak bincang punya orang,” katanya berkongsi.

Bahkan kata Cik Epal lagi dia juga enggan berpatah balik untuk kembali hidup bersama bekas suaminya, Jofliam.

Baginya apa yang berlaku adalah ketentuan dan dia mahu memilih jalan baru buat dirinya sendiri.

“Tak perlu doakan aku kembali bersama. Serious aku dapat lepas dari duda aku pon aku tersangat lega dan minda aku bebas gila. Aku dah letih layan tantrum dia.

“Doakan saja kehidupan aku dan dia lebih baik tanpa masing-masing di sisi. Jodoh aku dengan duda aku memang cukup hanya 10 tahun sahaja,” tulisnya.

Terdahulu Cik Epal dan bekas suami, Jofliam sah bercerai selepas pergolakkan rumah tangga mereka serta campur tangan pihak lain.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply