Warga Johor, jom sewa Villa Kemboja di Batu Pahat, nampak tempatnya menarik! Sesuai musim raya kadang rumah mak ayah tak muat, nak-nak kalau keluarga besar yang mempunyai anak cucu ramai.
Haa.. yang tiada kampung halaman pun boleh booking sini, luas lamannya. Dengan kehijauan pokok sekeliling rumahnya, rasa tenang. Ala Bali jadinya sebab binaan penginapan pun klasik!
Beraya Di Villa Kemboja Batu Pahat
Destinasi tersebut memiliki sebidang tanah kosong yang luas untuk pengunjung bergotong-royong membakar lemang, ketupat dan menyiapkan juadah raya.
Umpama menjadi satu tradisi, villa ini menjadi tumpuan ramai setiap kali Hari Raya. Mesti penuh!
Ramai yang datang menginap di sini kerana mahu beraya di rumah sanak saudara. Eh, tetapi ada juga anak bandar yang mahu merasai pengalaman meraikan Aidilfitri dalam aura kampung. Jadi ini lah pilihannya.
Biasanya anda yang menginap boleh bergotong-royong memasak bersama di kawasan kosong bersebelahan villa. Selain buat gulai dan lodeh, ada yang membakar lemang, ayam masak merah dan macam-macam lagi.
Ada Menu Bufet Ramadan
Paling istimewa, ada menu istimewa bufet Ramadan untuk tetamu yang datang bertandang di sini ya.
Terpesona melihat rumah yang diperbuat daripada kayu meranti dan cengal terpakai ini, ditambah ukiran yang cantik ala-ala Bali.
Rumah ini juga menawarkan sewaan untuk sebuah dewan terbuka yang biasanya menjadi tumpuan untuk majlis perkahwinan.
Kaki ootd pun jangan risau sebab anda tidak perlu pergi jauh kerana keindahan landskap memang sudah cantik.
Kalau rasa nak jalan-jalan, destinasi pelancongan menarik di sekitar bandar Batu Pahat hanya ambil masa 10 minit perjalanan sahaja.
Rasanya cukup sesuai kalau anda nak datang meraikan apa juga keramaian atau sambutan Aidilfitri di sini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.