“Memang Tak Rasa Apa-Apa” Aisyah Hijanah Selamat Bersalin Anak Ketiga!

Tahniah diucapkan buat pempengaruh, Aisyah Hijanah yang telah pun selamat menimang cahaya mata ketiganya.

Menerusi Instagramnya, Aisyah mengumumkan perkhabaran gembira itu malah turut berkongsi kisah kelahiran bayi ketiganya itu yang berbeza dari dua kelahiran sebelumnya.

Tambah ibu kepada tiga orang cahaya mata ini lagi, kelahiran ketiga ini berbeza kerana dia langsung tidak merasa sakit kontrasi sebelum melahirkan.

“This time, its a tough journey. Tak pernah expect akan melalui this phase in my entire life. But Alhamdulillah hikmah yang cukup besar Allah berikan untuk Aisyah & Alif.

“Delivery kalini, we both sangat sebak & more appreciate each moment. Setiap saat sangatlah precious & all I can say is Subhanallah, it’s like the first baby again.

“Waktu Khadeejah dulu, 10 hari awal daripada due date. Hassan pula on time 23/9. This 3rd baby, Aisyah memang tak rasa apa-apa.

“Khadeejah & Hassan senang sikit sebab keluar darah so terus pergi hospital. Baby nombor 3 ni, MasyaAllah puaslah buat macam-macam. Jalan itik sudah, squat pun sudah. Last night, ada rasa contraction tapi tak kuat during buat live di tiktok,” kongsinya bercerita.

Bahkan kata Aisyah lagi, sepanjang hamil dia juga tidak mengalami sebarang alahan malah keadaan dirinya begitu bertenaga seperti tidak mengandung. Namun dia bersyukur kerana semuanya dipermudahkan Allah SWT.

“Baby kalini memang baby yang sangat kuat. Tak ada alahan sikit pun. Normal macam tak mengandung daripada awal. Ingat lagi, siap panjat puncak Rawa.

“Aisyah selalu doa “Ya Allah jadikan proses bersalin normal, tidak sakit & bayi yang senang dijaga”. Alhamdulillah, memang waktu Aisyah buat live tiktok last night, dah rasa contraction, tapi tak sakit.

 

“Habiskan live, makan kejap & then terus siap-siap pergi hospital. Sampai hospital, rupanya bukaan dah 3 cm, terus masuk LR. Tapi Alhamdulillah painless.

“Alhamdulillah, Dr datang untuk proses epidural. Unlike 1st & 2nd pregnancy. Waktu Khadeejah, memang shivering teruk & rasa gatal-gatal kaki. Waktu Hassan pula effect dia sampai sesak nafas & BP pun drop sangat. Rasa nak mati dah waktu tu.

“This time, shivering sangat minimal & gatal pun minimal sangat. So far mmg Allah mudahkan & sangat smooth. Doakan agar bayi yang lahir ini adalah bayi yang sihat, cerdas, aktif & kuat. Allahumma Aameen,” tulisnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Aisyah turut mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata ketiganya itu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply