Ruang tepi rumah, jika pemilik bijak memanfaatkannya boleh menjadi sudut laman yang cantik. Taburan batu-batu chipping, batu pemijak dan pokok-hijau mampu menambah seri pada ruang ini. Tak perlu upah kontraktor, boleh buat sendiri sahaja dengan anggaran kos RM900.
Ini yang dilakukan oleh Nik Mohd Rizal di kediamannya baru-baru ini. Salah satu projek persiapan raya yang bakal menjelma tidak lama lagi untuk dijadikan tempat bergambar seluruh keluarga nanti.
Projek lepas terawih, upgrade ruang tepi rumah supaya nampak lebih menarik dan boleh dijadikan tempat photoshooting raya nanti. Kos batu-batu chipping & tapak pijak lebih kurang RM900 ++
Sebelum
Selepas
Info Ekstra!
- Batu-batu beli di kedai hardware yang besar ada jual.
- Harganya mahal sikit berbanding menggunakan batu aggregate/batu quari.
- Batu chipping kecil sedikit, warna putih & lebih menawan bagi saya.
- Saya mampatkan batu-batu dengan pijak-pijak je. Tak guna mesin pun.
Boleh beli batu chipping di sini: https://invol.co/clkwygu
Mesti Baca:Modal RM100 Je, Tapi Boleh Hasilkan Lebih 20 Keping “Stepping Stone”
Baca Lagi Di Sini:Guna “Stepping Stone” Batu Bata, Laman Inggeris Ini Nampak Kemas dan Rapi
Artikel Menarik:Laman Tak Luas Mana Tapi Berjaya Buat Kolam Sesuai Untuk Ikan Kelah
IMPIANA: Dah nak raya ni boleh serikan ruang tepi rumah tu dengan cara begini. Barulah nampak lebih menarik dan cantik nanti.
Sumber: Nik Mohd Rizal
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.