Mengembara Ke Nagano di Jepun, Lelaki Ini Kongsi Tip Gerak Secara Solo

Kalau dapat mengembara ke Nagano di Jepun, anda pasti teruja melihat keindahan panorama luar bandar di negara matahari terbit ini.

Menurut pengalaman saudara Encik Epal, dia memilih gerak secara solo ke Nagano, Jepun. Lebih mudah nak berhenti dan menikmati pemandangan sesebuah lokasi nanti.

Mengembara Ke Nagano di Jepun

Trip percutiannya ini lebih kepada pengembaraan dan aktiviti menyelam, pastinya melibatkan kos yang agak tinggi. Jadi nak tahu selebihnya, jemput baca pengalamannya sewaktu di sana.

Destinasi yang terletak di tengah-tengah pulau terbesar Honshu ini terkenal dengan kawasan pergunungan, landskap semula jadi, tanah ladang yang banyak, hidupan liar dan sudah tentu, banyak pusat peranginan ski.

Tempat ini juga juga merupakan bandar terbesar di Prefektur Nagano dan lokasi paling sesuai untuk meneroka pelbagai destinasi yang ditawarkan di Jepun Tengah.

Tugu Olimpik Nagano yang berlatar belakangkan Stadium Olimpik

Pengunjung berpeluang menyaksikan beberapa kemudahan asas Sukan Olimpik Musim Sejuk 1998 di sekitar bandar yang menjadi kebanggaan mereka sebagai tuan rumah ketika itu selain menikmati sajian unik dari masyarakat tempatan.

Perbelanjaan sepanjang tempoh satu hari adalah sekitar RM450 kerana perjalanan mengelilingi Nagano dilakukan menggunakan kereta sewa yang dipandunya sendiri.

1. Penginapan atau tempat tidur

Encik Epal memilih penginapan yang menawarkan bayaran mengikut kaedah per jam dengan kadar sewaan RM100 hingga RM140.

Paling menarik, anda boleh daftar masuk dan keluar sesuka hati.

2. Kos perjalanan dan parkir

Berdasarkan pengalaman Encik Epal, kos perjalanan selama dua hari adalah RM120 yang mana harga minyak anggaran RM5 per liter.

Sebagaimana Malaysia, sesetengah laluan mempunyai tol dan ada yang mencecah RM24 walaupun dalam jarak dekat.

Anda boleh gunakan ETC kerana sistemnya seperti smart tag yang memudahkan pengguna lebuh raya.

Bagi parkir, terdapat kawasan yang menawarkan sewaan RM30 untuk tempoh 30 minit.

Bagaimanapun anda perlu waspada kerana terdapat kawasan yang mengenakan caj sebanyak RM100, manakala percuma di lokasi luar bandar.

3. Kadar sewa kereta

Kereta mikro jenis Kei-Kar adalah pilihan yang tepat kerana berharga lebih murah.

Kebiasaannya kos sewa kereta adalah sekitar RM300 hingga RM350 tetapi kereta Kei-Kar berharga RM120 hingga RM150.

Bagaimanapun, ia bergantung pada nilai mata wang masa tersebut.

4. Bajet makan

Dianggarkan RM100 hingga RM240 sehari.

Kalau anda nak berjimat, beli nasi putih di kedai serbaneka yang berharga RM5 dan panaskan di kaunter.

Anda boleh nikmatinya dengan sambal goreng ikan bilis bersama air mineral yang berharga RM3.50 per liter.

5. Dobi pakaian

Kebanyakan pengembara tidak membawa pakaian yang banyak kerana menggunakan beg sandang.

Jadi, Lebih baik guna dobi layan diri yang ada dengan kos kira-kira RM40 hingga RM60 untuk sekali cucian dan kering.

Cukup itu sahaja tip kali ini, jadi buat anda yang mahu cuba bercuti ke negara Jepun secara solo, boleh bersedia dari awal dan guna tip ini.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply