Menantu Hormatilah Mentua Macam Ibu Bapa Sendiri, Kunci Kebahagiaan Rumah Tangga

Hormatilah mentua sama seperti kita menghormati ibu bapa sendiri. Janganlah hanya ingin berkahwin dengan anaknya tetapi bab tanggungjawab dengan mentua diabaikan. Paling mengecewakan, ada juga menantu yang bersikap kurang ajar dan biadap terhadap mentua.

Menantu Hormatilah Mentua Macam Ibu Bapa Sendiri

Doa dari orang tua tidak kiralah ibu bapa sendiri mahupun ibu bapa mentua akan memberi keberkatan dan kebahagiaan rumah tangga anak menantu. Bila ibu bapa dan mentua senang hati, Insya Allah rezeki kita suami isteri pun melimpah ruah.

Keberkatan dalam rumah tangga perlu melalui dua belah pihak iaitu antara pihak ibu bapa sendiri dan mentua. Jika salah satu pihak terasa atau berkecil hati maka ianya serba sedikit mengganggu keharmonian rumah tangga anda bersama pasangan.

Artikel lain yang berkaitan: Mak Mentua Tolonglah Jaga Mulut Kalau Nak Tinggal Dengan Anak Menantu, Jangan Jaja Cerita Pada Orang

Mak Mentua Kalau Nak Hubungan Dengan Menantu Jadi Mesra, Jangan Lakukan Kesalahan Ini

Kunci Kebahagiaan Rumah Tangga

Dikongsikan tip membina hubungan baik dengan mentua:

Hormati mentua

Ibu bapa mertua ibarat ibu bapa kita sendiri. Hormatilah mereka sebaiknya dan jangan sesekali meletakkan jurang antara anda dan mereka. Layani mereka sama adil dengan ibu bapa sendiri. Bercakap dengan bahasa yang lembut dan sentiasa meletakkan mereka sama penting dalam kehidupan anda.

Sayangi mentua

Sayangi mereka sama seperti anda sayangkan ibu bapa anda. Jangan membeza-bezakan mereka dan jangan sesekali membanding-bandingkan mereka. Setiap ibu bapa tidak kira mertua sekalipun, mereka ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak.

Sentiasa mengalah

Jangan sesekali bertekak atau bertelagah dengan mertua anda. Sentiasalah beralah walaupun anda kurang bersetuju dengan pendapat mereka. Tidak rugi mengalah asalkan hubungan baik diantara anda dan mereka tidak terjejas. Anggap sahajalah karenah mereka sebagai ragam orang tua yang tidak perlu diperbesar-besarkan.

Terima teguran mentua

Terima setiap teguran mereka dengan baik. Anggap mereka seperti ibu bapa anda sendiri. Janganlah anda bertindak keras kepala dan melawan setiap teguran mereka. Terima sahaja teguran mereka dan perbaiki diri anda kearah yang lebih baik.

Berdamai dengan diri sendiri

Ertinya menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah SWT dan mengenepikan sebarang buruk sangka terhadap mentua. Alihkan fikiran secara total pada hal-hal yang positif. Ingatlah bahawa setiap perselisihan pasti melibatkan lebih dari seorang dan dalam hal ini tidak ada manusia yang dapat lari dari kesilapan.

Oleh sebab itu, jika secara negatif dan selalu menyalahkan orang lain, maka sekarang belajarlah sedikit demi sedikit melihat sesuatu permasalahan secara objektif. Mulakan dengan mengubah pola pemikiran kita sendiri.

Baca lagi artikel lain: Menantu Kalau Dapat Ibu Mentua Cerewet, Pekakkan Telinga, Butakan Mata, Mulut Kena Jaga

Menantu & Mak Mentua Kalau Nak Hidup Aman Damai, Kena Saling Beralah, Buang Ego

Sumber: Wedpedia

Comments

Leave a Reply