Kalau Jumpa Habuk Dalam Cili Kering, Jangan Guna. Bahaya, Ia Kulat Yang Tinggi Toksin

Habuk dalam cili kering memang biasa kita temui ketika menggunting cili sebelum dikisar. Kita anggap habuk ini sekadar kotoran dan tak memberi kesan. Tapi salah ya, habuk dalam cili kering ini sebenarnya adalah spora kulat/ fungi yang berbahaya.

Sekiranya terjumpa, sebaiknya buang saja. Habuk ini berasal dari fungi jenis aflatoxins yang sangat tinggi toksin dan boleh jadi penyebab penyakit kanser.

Perkara ini dijelaskan oleh Syifa’ Ul-hanani dalam satu perkongsian beliau. Berikut adalah penjelasan tentang bahaya habuk dalam cili kering yang wajib kita ketahui.

Habuk dalam cili kering bahaya!

“Cili kering biasa kalau penuh kulat berhabuk Basuh saja nanti hilang, boleh saja guna. Selama ni saya guna okay je.”

Ini ayat biasa orang awam yang belum tahu. It is okay. Jom sama-sama kita belajar

 

Ada sebab kenapa saya terangkan pasal fungi dulu, di hujung baru masuk pasal cili kering. Secara ringkasnya habuk yang kita nampak itu hanya bahagian reproduktif/pembiakan kulat ini. Kalau pokok macam bunga. Pokok itu sendiri kita panggil vegetatif (mycelia bagi fungi).

Bagi higher fungi, akan ada fruiting body iaitu cendawan dan dalam cendawan tersebut ada spora seperti debunga atau benih. Tapi untuk lower fungi ia hanya menghasilkan spora sahaja.

Sebelum menghasilkan spora, tidak kiralah higher atau lower fungi, ia perlu capai tempoh matang dahulu bersama dengan keperluan hidup serta keadaan yang optimum. Maksudnya, sebelum keluar spora kulat sudah ada, mycelia merebak di seluruh cili kering ibarat sawang labah-labah yang membungkusi cili kering. Tapi yang ini lagi ekstrem, ia berlaku dari dalam, pada pringkat sel cili kering.

Ataupun lebih ringkas lagi, yang kita nampak itu rumput saja tapi akar yang merebak bawah tanah kita tak tahu sampai mana. Jadi kalau kita cabut rumput, adakah ia hilang? Tak… ia akan tumbuh lagi kerana bawah tanah penuh dengan sulur dan akar rumput. Faham?

Jadi kalau dibersihkan spora fungi yang ada pada cili kering pun tak guna, sebab dalam sel cili kering itu sendiri sudah ada mycelia yang seperti akar.

Kebanyakan cili kering India ada Aflatoxin B1. Bahaya!

Fungi kategori sangat toksik, kena buang kalau dapat

Jadi betul ke berbahaya kulat pada cili kering tu? Yes!

Fungi yang ada pada cili kering adalah jenis Aspergillus sp. Dan majoritinya adalah Aspergillus section Flavi. Fungi ini adalah jenis fungi yang menghasilkan aflatoxins ampuh kategori sangat toxic (highly toxigenic).

Aflatoxins adalah bahan yang hepatocarcinogenic metabolit iaitu ejen penyebab kanser hati. Ada 4 jenis aflatoxins dan yang paling toksik adalah B1 yang dihasilkan oleh Aspergillus, fungi cili kering.

Aflatoxin ini bahaya untuk manusia dan haiwan. Bukan cili kering saja hasil pertanian yang selalu ditumbuhi dengan Aspergillus. Oleh itu beberapa negara di dunia membuat regulasi bagi menentukan limit aflatoxin yang dibenarkan dalam makanan contohnya US, 20microgram/kg. Barulah ia dibenarkan untuk dijual. Jika tidak petani terpaksa buang begitu saja hasil pertanian mereka.

Tapi, semasa beli cili kering Aspergillus tak nampakpun tiba-tiba kita balik rumah perap cili dalam almari dan bila nak masak tengok dah berkembang biak. Masa gunting berhabuk teruk. Sebabnya, keadaan tempat simpan sangat kondusif. Lembap, gelap, sunyi, suhu pun sesuai?

Bila begini dah tentu sudah lebih limit selamat 20 microgram/kg yang selamat kita makan. 100-1000 kali dos asal. Jadi apa yang perlu dibuat kalau cilinya begini? Buang! Jangan sayang sangat. Kesihatan lagi penting.

Tak kena kanser sekarang belum tentu takkan kena nanti. Lagipun kanser bukannya kita makan karsinogen hari ni, esok terus kena kan.

 

Fakta perlu tahu

Ini fakta yang patut kita tahu dan ingat sebelum rasa sayangnya cili kena buang.

1. Pemakanan cili yang tercemar dengan aflatoksin di kawasan pengeluar cili besar dikaitkan dengan kanser hempedu di Bolivia, Chile dan Peru (Asai et al., 2014; Nogueira et al., 2015).

2. Keimunan badan jadi lemah, senang kena penyakit(Turner et al., 2003).

3. Pertumbuhan dan perkembangan terbantut bagi kanak-kanak (Khlangwiset et al., 2011).

4. Boleh menyebabkan kerosakan dan kegagalan hati, sirosis yang diikuti dengan kematian (Liu and Wu, 2010).

Nota Tambahan

Kalau nak beli cili bulat tiada masalah. Boleh guna kaeadah di bawah:

  • Selepas beli buka plastik dan jemur bawah matahari sampai kering garing. Elok belah memanjang dulu sebelum simpan dalam bekas kedap udara. Boleh letak dessicant (macam dalam kotak kasut tu)
  • Masukkan dalam peti ais/freezer. Nak guna baru keluarkan.
  • Beli sikit-sikit, terus masak.
  • Proses terus lepas beli kemudian bekukan pes tadi.

Sumber: Syifa’ Ul-hanani


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply